Nuffnang

BR1M : KJ Nafi Dakwaan Tun M @KhairyKJ @Chedet



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membebankan kewangan kerajaan.

“BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan pengurangan polisi subsidi pukal.

“Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat.

“BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies (subsidi menyeluruh).

"Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain,” katanya.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya menyatakan, pemberian BR1M hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat?” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Aku sokong kerajaan hapuskan semua subsidi............tapi dalam masa yang sama tingkatkan BR1m PADA GOLONGAN SASAR.Semak semula kadar kemiskinan dan gaji minima ........setakat gaji minima RM 900 baik tak payah bercerita negara berpendapatan tinggi........Sedap bercerita ajalah ........Itu pun yang Najib suka.......
    Pelabur masuk melabur kerana sistem gaji kita rendah .....kemahiran tinggi.......Perkerja dijadikan sebagai hamba abdi ...terutama perkerja warga asing ........Tapi kerajaan tutup sebelah mata .....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top