Nuffnang

PANASSSS : Zahid Hamidi Bakal "DIBURU" Taiko Judi!!




TEGAS! Itulah perkataan yang sesuai buat Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan segala tindak tanduk beliau yang semakin lama semakin menyerlah. Tahniah Dato' Seri kerana mendengar denyut nadi rakyat yang selama ini dilihat hanya terawang-awangan tiada siapa mahu mendengar dan melaksanakan.

Semalam, sempat bersembang dengan beberapa orang rakan tentang isu semasa yang berkisar sekitar Selangor khususnya. Pusat-pusat judi haram serta pusat karaoke di beberapa kawasan telah ditutup serta merta atas arahan dari Menteri KDN ini.

Beliau juga turut memberi arahan juga amaran kepada semua Ketua Polis Daerah agar memantau segala pusat-pusat judi haram dan karaoke haram di kawasan masing-masing agar memastikan yang semua premis ini tidak beroperasi lagi. Jika didapati masih juga beroperasi, tindakan tegas bakal diterima sehingga mana-mana Ketua Polis Daerah yang tidak mengikut arahan boleh dikenakan tindakan dipecat dari perkhidmatan.

Itulah antara perkara yang membanggakan KDN dengan kehadiran Menteri baru kali ini. Zahid Hamidi telah membuktikan yang beliau bukanlah seorang Menteri yang hanya tahu mencium keris tanpa mengasap kemenyan atau tanpa perahan limau. Menteri kali ini betul-betul mengotakan janjinya.

Penguatkuasaan ini telah dibuat di Selangor, negeri lain tidak tahu pulak. Tapi yang penting, daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah disahkan oleh beberapa orang kawan aku yang telah aku hubungi. Sehinggakan ada beberapa orang kawan yang memang tahi judi merungut kerana sudah tidak ada lagi tempat untuk melepaskan gian masing-masing.

Pencapaian yang bagus setakat ini. Tahniah Dato' Seri. Kami berbangga punya Menteri 'ada telur' macam Dato' Seri.



BB : Terdetik juga dalam hati, DS Zahid tak takut ker kena tembak atau bom? Maklumlah, akhir-akhir ini negara disajikan dengan berita serta kejadian-kejadian sedemikian. Dan persoalan juga bermain di akal yang masih waras ini kenapa premis-premis judi haram beroperasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan?? Musykil!!!
Share this article

1 Komen:

  1. TEGAS itulah keperluan yang mesti ada pada pemimpin khasnya Menteri yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas dengan amanah, jujur & telus. Semoga Allah SWT akan menjaga keselamatan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta mempermudahkan segala urusan duniawi serta akhirat beliau In Shaa Allah. Amin.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top