Nuffnang

ALLAHU AKHBAR!! Putrajaya Pertahan Kalimah Allah Hanya Untuk UmatIslam!!



Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.


Menteri Dalam Negeri menegaskan masyarakat bukan Islam mesti menghormati hak penganut Islam tentang perkara itu dan tidak ada kompromi dalam isu tersebut.

"Ini bukan soal hak, tapi lebih daripada hak mutlak, kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam.

"Kita hormati agama lain, tapi dalam soal ini kita juga mahu agama lain hormati agama Islam," tegasnya dalam sidang media anjuran Pengasih di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid berkata tidak berhasrat untuk mencampuri urusan mahkamah tetapi menjelaskan ia adalah mengenai hak orang Islam di Malaysia.

"Saya minta umat islam terutama pemimpin organisasi Islam perlu bersetuju untuk pertahankan kalimah Allah walaupun berbeza pandangan," katanya lagi.

"Soal kalimah Allah ini hendaklah diberikan noktah."

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan Titular Roman Catholic Archibishopbagi membatal rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik “The Herald” menggunakan kalimah “Allah”.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu ketika kes berkenaan dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes pada 17 Julai lepas.

Jika Titular Roman Catholic Archbishop gagal membatal rayuan itu, Mahkamah Rayuan akan meneruskan pendengaran rayuan kerajaan pada 10 September.

Peguam S Selvarajah mewakili Titular Roman Catholic Archbishop manakala kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Arik Sanusi Yeop Johari.

Titular Roman Catholic Archbishop memfail permohonan untuk membatal rayuan kerajaan pada 8 Julai tahun ini.

Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam, memfail permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden.

Ia antara lain bagi memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam The Herald sebagai tidak sah.

Akhbar mingguan yang diterbitkan dalam empat bahasa itu menggunakan kalimah “Allah” sebagai merujuk kepada “God” dalam The Herald terbitan bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, kerajaan berhujah kalimah “Allah” hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KDN melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah “Allah” salah, batal dan tidak sah.

Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu. - 17 Ogos, 2013.

BB : Semoga berita baik akan kita terima pada 22 Ogos ini. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepadaNYA agar diberikan "kemenangan". ALLAHU AKHBAR!!
Share this article

1 Komen:

  1. Sesiapapun yg menyokong atau redha dgn kemusyrikan akan menjebak diri ke dlm kemusyrikan, walau bergelar ust atau dianggap org ulama'.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top