Mrs Malaysia Universe Carol Lee menjadi kebanggaan negara apabila menjadi wanita Asia pertama memenangi pertandingan ratu cantik Mrs Universe 2013.
Penyampai berita dan bekas pengacara itu dinobatkan sebagai juara di peringkat akhir pada 11 Ogos di sebuah resort Aruba di Caribbean.
Carol yang berusia 39 tahun turut memiliki pusat pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak Starz Studio.
Menurut The Star Online, Lee menghabiskan 10 bulan membuat persediaan bagi pertandingan yang bertemakan - 'Hentikan Keganasan Rumahtangga' yang merupakan satu isu yang beliau secara peribadi perjuangkan.
Beliau juga memenangi anugerah ‘Mrs Popularity’ dan menerima 88.649 undian online sambil menewaskan 29 peserta lain dari seluruh dunia.
Bagi pertandingan ratu cantik, Lee menggayakan pakaian rekaan pereka Malaysia Carven Ong.
- SUMBER
Gambar-gambar Carol Lee
BB : Apa jadi dengan 4 wanita Islam yang dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik di Malaysia bulan lepas? Ada cakap-cakap mengatakan salah seorangnya sanggup keluar Islam (murtad) semata-mata kerana mahu terus layak bertanding. Any update?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....