Nuffnang

YASMEEN PEGUAM PERTAMA MALAYSIA DILANTIK JAWATANKUASA KHAS PBB

NEW YORK: Peguam Yasmeen Muhammad Shariff, seorang anggota majlis eksekutif Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, menjadi rakyat Malaysia yang pertama dipilih menganggotai Jawatankuasa Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (CRC) pada Selasa.
 
 
 
 
 
 
Yasmeen, 55, memperoleh 150 undi daripada 189 Negara Pihak yang menghadiri mesyuarat berkenaan, iaitu undi ketiga tertinggi selepas calon dari Brazil, Wanderlino Nogueira Neto, yang meraih 161 undi dan calon Austria, Renate Winter (153).
 
Calon lain yang dipilih ke jawatankuasa itu ialah Maria Rita Parsi (Itali), Benyam Dawit Mezmur (Ethiopia), Olga A. Khazova (Persekutuan Rusia), Sara de Jess Oviedo Fierro (Ecuador), Peter Guran (Slovakia) dan Amal Aldoseri (Bahrain).
Mereka akan menggantikan anggota sedia ada, yang tamat perkhidmatan pada 28 Feb 2013, bagi tempoh penggal empat tahun.
Jawatankuasa itu merupakan sebuah badan terdiri daripada pakar bebas yang memantau pelaksanaan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak oleh Negara Pihak. - Bernama
 
 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top