Nuffnang

Eklusif : Video Penyesalan Ibu Muda Yang Mendera Anak

Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.



 
Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.
 
 
“Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.
 
 
 
 
 
“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu...saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.
 
 
 
 
“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.
 
 
Apa pun, gua berharap apa yang dilafazkan Ira dalam temuramah eklusif ini bersama Harian Metro merupakan luahan keinsafan yang sebenarnya dari beliau. Dan gua juga berharap agar perkongsian ini dapat menjadi ikhtibar dan pedoman kepada pasangan-pasangan muda dalam menjalani kehidupan berumahtangga mahupun pasangan yang belum diijab kabulkan.
 
 
Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi terhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (Surah ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra. Maka, suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya.
 
 
Jangan biarkan masalah seperti kes Ira melanda rumahtangga anda kerana kesan-kesan negatifnya sangat buruk dan merosakkan. Kenapa? Kerana anak-anak kita membesar dengan meniru apa yang dibuat oleh ibu bapanya. Jika ibu bapa melakukan perkara-perkara negatif maka anak-anak akan cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Ini yang bahayanya. Anak-anak merupakan generasi masa depan. Jika perangai anak dipengaruhi perbuatan negatif ibu bapa seperti melakukan zina dan sebagainya, bayangkanlah corak kehidupan masa depan umat bangsa kita.
 
 
BB : Muhasabah Diri Penawar Kekurangan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top