Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.
“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.
“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.
Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.
Mohon pautkan link kami tuan. Blogger Sarawak, sibuti-selamanya.blogspot.com. Tq
BalasPadamada kah artis yg terkenal sekarang,pada mulanya terpaksa mengikut kemahuan pegarah untuk seks?....oi biar betul beeeeb.
BalasPadam