Nuffnang

SUNGAI KAPAR SAKSI PENOLAKAN ANWAR, KRISIS PKR SEMAKIN MERUNCING

SUNGAI KAPAR INDAH - Penganjur program Rapat Rakyat Kapar bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa program mereka disabotaj pihak tertentu yang sengaja cuba menggagalkan program di pekarangan pejabat PKR Cabang Kapar, Sabtu lalu.

 



Salah seorang penganjur yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Cabang Kapar, Norkhalim Mohamed berkata, pihak terbabit mungkin tidak berpuas hati dengan penganjuran program itu dilihat besar dan dihadiri pemimpin tertinggi PKR.

Menurutnya, untuk menggagalkan program itu, pihak terbabit mengadakan program berasingan pada masa dan tarikh sama.

“Ia juga diadakan berdekatan Pejabat Ahli Parlimen Kapar di pekan Kapar yang jaraknya tidak sampai lima kilometer daripada lokasi program di Sungai Kapar Indah.

“Kita sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang program ini yang membabitkan kehadiran Datuk Seri Anwar beberapa hari sebelum itu, bagaimanapun mereka degil dan dilihat sengaja meneruskan program tersebut,” dakwanya.

 



Berang dengan tindakan itu, pihaknya segera memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zuraida Kamaruddin beberapa hari sebelum itu supaya meminta pihak berkenaan membatalkan program terbabit.

Katanya, bagaimanapun tindakan itu menemui jalan buntu apabila penganjur program yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kapar yang kini Penyelaras Dun Sementa, Mohd Bakir Wahab dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kapar yang juga Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkeras mahu meneruskan program mereka.

“Apa yang saya dan penganjur program kesalkan adalah hasrat kami untuk menyatukan orang ramai termasuk anggota PKR menerusi program ini tidak terlaksana,” katanya.

Beliau berkata, penganjur program tersebut mempunyai banyak pilihan untuk mengadakan program itu pada tarikh lain namun tarikh sama tetap dipilih.

“Saya lihat mereka cuba melabelkan kepada umum dan pucuk pimpinan tertinggi bahawa AJK PKR Cabang Kapar gagal berfungsi untuk menjayakan sesebuah program selain tidak mampu menarik orang ramai ke program Datuk Seri Anwar.

“Justeru, saya dan AJK PKR Cabang Kapar minta pucuk pimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit yang cuba mensabotaj program PKR walaupun dari parti sama - Sinar Harian



BB : Cakap banyak pun tak guna, bila terhantuk baru nak mengaduh....masa dan peluang dah diberi, namun pergeseran sesama sendiri berlaku kerana isu kronisme. Apa cer...??? PERAK MESTI MENANG
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top