Nuffnang

ARSENAL KEMBALI TEMUI HARIMAU MALAYA TAHUN INI

KELANA JAYA - Arsenal sah akan beraksi menentang skuad senior kebangsaan buat tahun kedua berturut-turut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai depan.





Perkara itu diumumkan Pengarah Pengurusan ProEvents International Sdn Bhd., San Boon Wah dalam satu sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan, Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear, Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Connella serta ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Perlawanan pada hari Isnin itu dijadualkan berlangsung jam 9.45 malam di mana harga tiket akan ditentukan kelak.

Malaysia menjadi destinasi pertama The Gunners dalam siri Jelajah Asia musim 2012/13 sebelum berangkat ke China untuk menentang Manchester City du Beijing pada 27 Julai diikuti menentang kelab Kitchee FC di Hong Kong dua hari kemudian.

Tengku Abdullah yang juga merupakan peminat Arsenal bertitah, "Saya berharap dapat melihat lebih banyak kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) datang ke Malaysia.

"Kedua pihak perlu menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan (prestasi) pemain kita berdasarkan pengetahuan Arsenal terhadap pemain muda dan berharap agar perkara ini dapat direalisasikan.

"Saya juga mengharapkan pasukan Malaysia dapat memberi cabaran sengit."

Mark Connella pula menegaskan Arsenal sudah pasti akan membawa bintang utamanya walaupun wujud kebimbangan barisan utama mereka mungkin tidak akan mengikuti siri jelajah ini kerana baru mengharungi kempen Euro 2012.

"Ini perlawanan pertama kami di Asia dan sebahagian daripada perancangan pra-musim kami.

"Pemain akan kembali selepas kempen Euro," katanya sambil tidak menolak beberapa aktiviti sampingan bersama pemain sebelum hari perlawanan berlangsung.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top