Nuffnang

SENSASI.... PENDEDAHAN TERBARU NEELOFA

Neelofa...oh...Neelofa.....

Artis wanita yang sedang top meletop ketika ini. Berebut-rebut produser untuk mengambil Neelofa ni berlakon baik untuk drama mahu pun filem.




Ni gua nak kongsi pendedahan terkini yang diluahkan oleh Neelofa sendiri sepertimana yang gua petik daripada sahabat Pejuang Bangsa.

BUKAN kerana kecewa atau kecil hati, tetapi bintang baru dalam dunia lakonan, Neelofa memutuskan untuk kurang menerima tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan terhadap bidang pengacaraan TV. Dia menganggap peluang menjadi pengacara program TV memang bidang yang diimpikan selama ini dan menyifatkan ia sebagai kerjaya lebih terjamin berbanding lakonan.




“Sekarang saya lebih yakin dengan kerjaya sebagai pengacara. Dibandingkan dengan lakonan, saya lebih meminati dunia pengacaraan dan dari dulu lagi sebenarnya suka menjadi hos. Menjadi pengacara adalah salah satu impian apabila menjejakkan kaki ke dunia seni tempatan. “Apatah lagi apabila saya ditawarkan menjadi pengacara sebuah program TV yang sudah mantap dan dikenali, memang saya terima dengan gembira.

Bukan setakat itu, saya juga bersyukur sebab baru saja menerima satu lagi tawaran sebagai hos, namun belum boleh diperkatakan mengenai perkara tersebut. Saya akui sasaran saya adalah untuk berjaya dalam bidang pengacaraan.



 “Melihat kepada bidang lakonan pula, saya tidak mengambil banyak tawaran berlakon drama. Lihat saja tahun ini, tidak banyak drama saya disiarkan di televisyen. Saya juga menyasarkan hanya satu atau dua drama dalam setahun,” katanya kepada Hip. Namun, Neelofa menjelaskan ia bukanlah bermaksud dia memilih watak, tetapi jalan cerita sesuatu drama itu perlulah bagus untuk menarik minat saya berlakon.

“Tahun ini saya hanya menjayakan dua drama saja, yang mana satunya adalah arahan Erma Fatima berjudul Kau Yang Terindah dan aktiviti penggambaran akan dimulakan pada bulan depan.





 “Satu lagi drama saya akan ditayangkan pada September nanti, tapi tawaran itu masih dalam pertimbangan,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Nyanyian Sakaratul Maut,” katanya. Bukan saja bergelar pelakon merangkap pengacara, anak jati Kelantan ini juga berminat dalam dunia perniagaan.
Baca lagi di Pejuang Bangsa


BB : Bekas budak MRSM ni.....
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top