Bertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.
Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan PR semakin hampir ke Putrajaya. (Ceh...konpiden je bunyi nyer)
"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.
"Ini bukan sahaja kemenangan rakyat tetapi usaha mempertahankan hak dan berharap kita boleh mencapai reformasi untut menuntut perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, lebih baik dan bebas untuk semua rakyat Malaysia."
Pemimpin supremo DAP yang juga bapa kepada Guan Eng - Lim Kit Siang pula menyifatkan pembebasan Anwar sebagai kemenangan besar dan tanda bahawa negara ini bersedia untuk berubah.
"Ini adalah satu kemenangan besar bagi PR.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (atas, kiri) juga mengucapkan tahniah kepada Anwar dan berkata beliau berharap pembebasan itu akan meletakkan PR semakin hampir ke Putrajaya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur dengan keputusan itu dan berkata Anwar kini sudah terlepas daripada fitnah yang dihadapinya.
Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menunjukkan MASIH ADA KEADILAN DALAM MAHKAMAH.
BB : Habis tu sebelum ni tiada keadilan ke? Piirah.... bila keputusan memihak mereka, baru ada keadilan. Kalau sebaliknya, Konspirasi Kerajaan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....