Nuffnang

HIMPUNAN BELIA TERBESAR ASIA 2012 DI PUTRAJAYA


Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Seramai dua juta belia dijangka akan berhimpun dan melibatkan diri pelbagai aktiviti melalui segmen – segmen dan acara yang disediakan pada Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini.

Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jatidiri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dalam sidang media sempena pelancaran Segmen dan Galeri HBN 2012 di sini berkata, “ sambutan HBN 2012 merupakan karnival terbesar di peringkat Asia Tenggara dengan turut menghimpunkan penyertaan belia di peringkat antarabangsa.”

Tambah beliau lagi, “ Korea Selatan, Jepun, Negara-Negara Komanwel dan Asia telah pun menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan sempena HBN tahun ini.”

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Galeri HBN 2012 yang memuatkan paparan sejarah, kejayaan serta pelbagai maklumat serta informasi berkaitan HBN. Di samping itu, perancangan dan persediaan KBS menjelang himpunan jutaan belia pada Mei 2012 ini berserta segmen-segmen dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini turut dipaparkan di galeri tersebut.

HBN yang disambut pada 15 Mei setiap tahun telah diadakan di Putrajaya secara besar-besaran bermula 2010. Pihak sekretariat HBN 2012 mempelawa kepada semua belia, individu, kumpulan, kelab serta sektor korporat untuk menyertai sambutan HBN tahun ini sama ada sebagai peserta, penganjur mahupun pengunjung aktiviti.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ketua Pegawai Eksekutif HBN, Mod Nadzri Yaakob.

Galeri Majlis Pelancaran Segmen dan Galeri HBN 2012


 
 
 

 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top