Nuffnang

STATUS MAYC : KENYATAAN MEDIA DATO SRI AHMAD SHABERY CHEEK

KENYATAAN MEDIA
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
BERKAITAN ISU MAYC
22 OKTOBER 2011
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Malaysia, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menerima rayuan yang telah dikemukakan  oleh saudara Mustaffa bin Mat Arof, berhubung Mesyuarat Agung Tahunan MAYC yang telah diadakan pada 26 September 2010. 

Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada menjalankan  tugas yang diberikan oleh Seksyen 30(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), beliau dengan ini MENERIMA RAYUAN DAN MENGESAHKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC PADA 26 SEPTEMBER 2010. 

Menurutnya, pihak yang terbabit perlu melaksanakan beberapa perkara yang mana jika mereka gagal mematuhi syarat yang dikenakan itu, pendaftaran MAYC boleh dibatalkan.
 
“Jawatankuasa MAYC Kebangsaan Sesi 2010/2012 yang dipilih pada 26 September 2010 hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC bagi pemilihan jawatankuasa baru sesi 2012/2014 pada Mac 2012.
 
“Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah mematuhi peruntukan Perlembagaan MAYC dengan mengambil kira semangat penyatuan MAYC daripada semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Surat tersebut telah ditandatangani oleh Shabery pada 11 Oktober 2011.
 
Shabery berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada surat berhubung keputusan rayuan ke atas keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian dan Pendaftar Pertubuhan Belia yang tidak mengesahkan Mesyurat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada 26 September 2010.
 
Menurutnya, beliau berharap, dengan keputusan itu, saudara Mustafa dan juga jawatankuasa yang terpilih pada mesyuarat Agong 26 September itu akan menganggapnya sebagai satu amanah besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya.
 
“Ini satu amanah yang besar dan yang paling penting sekali ialah memastikan semua pihak dalam MAYC akan dapat bersatu dan bekerjasama dalam mengembalikan kegemilangan MAYC,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top