Nuffnang

8 Suspek Ditahan Polis!!

POLIS TAHAN 8 SUSPEK TERBABIT SAMUN DAN PALSU DOKUMEN

Shah Alam, 4 Mac - Polis Selangor menahan lapan suspek termasuk lima warga Indonesia, tiga daripadanya wanita, yang dipercayai terbabit kegiatan samun dan memalsukan dokumen untuk warga asing memasuki negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tujuh daripada mereka diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Labuhan Dagang, Banting tengah malam kelmarin, manakala seorang menyerah diri di Balai
Polis Banting, petang semalam.

"Polis turut merampas radio kereta, wang tunai lebih RM1,000, lima pasport, beberapa bilah pisau serta selaras senapang patah yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dari rumah itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini. 

Mohd Adnan berkata polis percaya rumah itu dijadikan pusat operasi pemalsuan dokumen berdasarkan maklumat awam yang menyatakan ramai pendatang asing mengunjungi rumah berkenaan.

Mengenai suspek yang menyerah diri, beliau berkata lelaki berkenaan mendakwa senapang patah itu miliknya dan polis sedang menyiasat kaitan lelaki itu dengan tujuh yang ditahan terbabit.

Semua suspek yang berumur 20 hingga 45 tahun itu direman sehingga 8 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api dan Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, katanya. 

Mengulas kes lain, Mohd Adnan berkata polis menemui mayat wanita Indonesia dengan kesan terbakar 45 peratus di sebuah rumah di Batu 9, Kampung Air Hitam, Bandar Country Homes, Rawang semalam.

Mayat pembantu rumah berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, katanya.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang memegang pasport yang tamat tempoh baru berkahwin empat bulan lepas," katanya menambah polis telah menahan seorang lelaki berusia 55 tahun bagi membantu siasatan. 

-BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top