Nuffnang

EKSKLUSIF!! Laporan Tembak Menembak di 3 Lokasi

Kejadian Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah Rabu tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.


Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.


"Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.


Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.


Selasa, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.


Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.





Kawasan operasi kini diperluas setiap dua kilometer berikutan pasukan keselamatan mengesan kumpulan pengganas sedang bergerak ke tempat-tempat tertentu.


Zulkifeli berkata pasukan keselamatan kini memperluaskan kawasan operasi dan penggeledahan untuk mencari senjata api yang dipercayai ditanam di kawasan terbabit.


"Kami yakin masih ada saki baki pengganas di kawasan Kampung Tanduo," katanya.


Kedua-dua pimpinan tertinggi pasukan keselamatan negara itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak menghantar SMS kepada mereka memberi sokongan dan semangat serta diiringi doa untuk keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.


"Kami berdua ucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan dan doa untuk meningkatkan semangat kami," katanya.

- BERNAMA
Share this article

4 Komen:

  1. najib bodoh yg makan nasi kangkang rosmah sepatutnya suruh mamak pukimak yg bagi ic berdiri di barisan hadapan. negara kita tidak akan aman lagi. terpaksa berperang dgn yg ada ic biru. mereka berusaha kerana tahu bn tak akan menang pru13 dan najib tak akan dapat tunaikan janji.

    BalasPadam
  2. Masyaallah tuan, jgn sesekali menghina pemimpin... tidakkah kita diajar utk menghormati pemimpin...manusia dan persekitaran drp zaman sekolah lg....maafkan sy kesian kpd guru2 yg ajar tuan sebelum ini.....ajar tuan tp begini caranya tuan membalasnya.......kita sepatutnya mendoakan agar malaysia terus selamat dan aman

    BalasPadam
  3. Mest tok guru nik aziz ajr maki cm 2.....

    BalasPadam
  4. mamat yang maki PM dgn TUN M ni layak bawah tapak kaki aku..dapat aku pijak muka ko..ko BUkan bangsa-bangsa bersatu..ko bangsat2 yg bersekutu dgn penganas sulu...mulut tu jaga sikit..kalau aku tampar muka ko laju2 baru ko tau..wey dorang tu siang malam kerja..APA lah sial Perut Mak ko beranak kan ko ..ni makbapk ko tak ajar lah ni....PM kita semua nya bagus2 belaka..ko tu rakyat ketogori cilaka..kurang ajar mulut kapir laknat..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top