Nuffnang

LAPORAN TERKINI KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU 7 Mac 2013 (Part 2 : 1200 Hours - NOW)


6.30 ptg - penduduk di sekitar Lapangan Terbang Lahad Datu gempar seketika apabila sebuah pesawat mendarat di lapangan tersebut.

Sebuah pesawat CN-235 milik TUDM itu membawa bekalan peluru yang disimpan di dalam kotak dalam kuantiti yang agak banyak.


5.35 ptg -  Seorang penceroboh berpangkat Jeneral antara yang terkorban

5.30 ptg - Jumlah 52 penceroboh maut sehingga hari ini ( 1 - 7 Mac 2013)

5.25 ptg - lagi 31 Penceroboh ditembak dalam pertempuran pagi tadi dan dipercayai maut.


4.30 ptg - Intipati Sidang Media PM - Sambungan






- Tidak wujud soal kedaulatan Sabah kerana telah dimuktamadkan pada tahun 1878 lagi bahawa Sabah merupakan wilayah yang sah dalam Malaysia di tambah dengan keputusan Suruhanjaya Cobol (2/3 Rakyat Sabah bersetuju untuk menjadi sebahagian Malaysia).

- Keputusan Suruhan Jaya Cobol ini mendapat pengiktirafan PBB

4.20 ptg - INTI PATI SIDANG MEDIA PM

- Presiden Filipina (Aquino) telah hubungi untuk mendapatkan pendirian atau reaksi Malaysia. Saya beritahu mereka mesti letak senjata tanpa syarat dan senjata diserahkan kepada anggota keselamatan Malaysia.

- Telah berjumpa denan pemimpin-pemimpin Suluk warganegara Malaysia di Tawau yang berikrar untuk taat setia kepada kerajaan pusat dan negeri , mengutuk tindakan pengganas, dan tidak akan membantu kumpulan pengganas ini

- Kudat, Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak (Kawasan Khas Keselamatan - Special Security Area)


- PM Mahu penceroboh serah diri dan letak senjata sebelum menimbangkan sebarang genjatan senjata

- Kawasan Khas Keselamatan (Special Security Area) Diwujudkan Serta Merta Berpusat di Lahad Datu
dengan penambahan 5 batalion antara pihak tentera dan polis.



3.25 ptg - Tawaran Genjatan Senjata Kiram Ditolak

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,"


3.15 ptg - PM tiba di Pusat Media Felda Residence


3.10 ptg - Kira-kira 100 orang kumpulan militan berkumpul mengadakan protes di Istana Malacanang dan Mendiola


3.00 ptg - PM DS Najib Akan Mengadakan Sidang Media Pada Bila-Bila Masa


2.50 ptg -  BAN KIM MOON - Memantau secara DEKAT krisis di Lahad Datu

2.30 ptg - BANGSATTTTT!!!!!

Abraham Idjirani berkata pengumuman Kiram berdasarkan "memandangkan pembunuhan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap 40 awam yang tidak bersalah semalam" di Lahad Datu. Beliau mendakwa operasi anggota keselamatan Malaysia turut mengorbankan bayi yang baru lahir di dalam penjara. Mereka mendapat nasihat daripada Ban Kim Moon (PBB)



2.20 ptg - Heli Nuri yang Membawa PM DS Najib Razak



2.10 ptg - PM dibawa melawat lokasi krisi dengan kenderaan pacuan 4 roda







2.00 ptg - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan - Anggota keselamatan (Beragama Islam) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam SYAHID AKHIRAT!!!!

- AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.


1.35 ptg - PM DS NAJIB RAZAK tiba di Felda Sahabat Residence sebentar tadi. Sedang diberi taklimat oleh KPN, PAT dan Menteri berhubung genjatan senjata Sultan Sulu.


1.15 ptg - Keluarga Kiram Turut memohon Kerajaan Malaysia Mengambil Tindakan yang sama bagi mengelakkan lagi pertumpahan darah.

Mereka bersedia mengambil pulang ahli keluarga sekiranya diterima Malaysia


1.00 ptg - Jamalul Kiram (Sultan Sulu) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (waktu Malaysia).





12.40 tgh hari - Lagi gambar-gambar amatur dari lokasi










12.30 tgh hari - Pihak media menanti-nantikan ketibaan YAB PM

- Gambar oleh jurugambar amatur / orang awam sekitar kawasan operasi
















7 MAC 2013 (Khamis)
Ops Daulat Hari Ke-3



KLIK SINI ATAU REFRESH UNTUK MAKLUMAT TERKINI. DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA


Laporan Terkini Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah Part 1
Share this article

5 Komen:

  1. Tabik sprriiiiiinnggg to all ATM and PDRM.... I'm proud to be anak PDRM walaupun ayah aku dah bersara.... darah pahlawannya tetap mengalir dlm tubuhku.... semoga Allah melindungi Pahlawan2 kami..... aku x mampu mengangkat senjata ttp aku mampu berdoa semoga pahlawan kami beroleh kejayaan.... ALLAHUAKBAR...!!!!

    BalasPadam
  2. semoga ALLAH melindungi kalia wahai wira negara...

    BalasPadam
  3. Ibu bangga dengan ayah..semoga ayah dan kawan2 ATM selamat berjuang dan kepulangan dengan kejayaan :-) faiz dan ibu miss u...

    BalasPadam
  4. Gencatan senjata? Korang ingat ini perang antara kerajaan malaysia dengan kerajaan Sulu kah? Ini operasi memburu pengganas. Mana ada istilah gencatan senjata kalau dengan pengganas.

    Menyerah diri atau diburu.. itu sahaja pilihan yang ada untuk pengganas!

    BalasPadam
  5. Semoga Operasi ini dapat dilakukkan dengan berjaya tanpa sebarang kecederaan atau korban bagi pihak kita.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top