Nuffnang

7 Batalion Askar Melayu Siap Siaga!!! Detik Perhitungan Semakin Hampir!!!



KUALA LUMPUR 4 Mac - Sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

"Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

"ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau," kata beliau dalam laman Twitternya. 

- UTUSAN ONLINE

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top