Nuffnang

DUA KOMANDO POLIS CEDERA TERIMA RAWATAN SUSULAN DI IPOH


IPOH, 7 Mac - Dua perwira negara yang cedera akibat insiden tembakan dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, Sabtu lalu diterbangkan ke sini, hari ini bagi menjalani rawatan susulan.


Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Koperal Azman Ampong, 39, yang merupakan anggota Komando VAT 69 tiba dengan pesawat Cessna Caravan 208 dari Pangkalan Udara Sungai Besi, di hangar Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini pada 5.30 petang.


Kedua-dua anggota Komando itu diterbangkan dari Lahad Datu, Sabah pada 8 pagi tadi dengan pesawat King Air PDRM ke Sungai Besi.


Sebelum ini, kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Lahad Datu selepas masing-masing cedera di bahu kanan dan kaki serta bahagian punggung dan paha akibat ditembak penceroboh bersenjata dalam insiden berkenaan.






Sebaik mendarat, mereka dikejarkan dengan ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi rawatan susulan.


Turut menyambut kepulangan kedua-dua wira negara itu ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan, warga PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep).


Sementara itu, Mohd Shukri menyifatkan semua anggota pasukan keselamatan sama ada yang cedera, terkorban mahupun yang sedang bertugas, kini memiliki semangat yang amat tinggi serta ketahanan yang cekal demi mempertahankan tanah air.


"Mereka amat bersiap siaga, hanya menunggu arahan sahaja untuk dikerahkan ke sana demi kedaulatan negara," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Perak dan pihak yang tampil menghulurkan sumbangan dan dana bagi membantu keluarga anggota yang terkorban. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top