Nuffnang

KETUA PENGARAH MAMPU DILANTIK KPPA BARU PENJAWAT AWAM

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa 15 Mac ini.




Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan Mohamad Zabidi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata pelantikan Mohamad Zabidi berdasarkan pengalaman, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya, untuk meneruskan tanggungjawab mempertingkatkan usaha mentransformasikan Perkhidmatan Awam melalui pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap, berinovasi dan berintegriti.

Ali berkata Mohamad Zabidi yang merupakan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sejak 1 Dis 1981.

Beliau pernah menyandang jawatan penolong setiausaha di Kementerian Penerangan, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

"Saya berkeyakinan penuh bahawa dengan pengalaman dan pengetahuannya yang luas, Datuk Mohamad Zabidi Zainal akan dapat memimpin Jabatan Perkhimdatan Awam dengan penuh integriti, cekap, telus dan berkesan demi kecemerlangan negara," katanya.

- BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top