Nuffnang

DERHAKA!!! KPN Kecewa - Siasat Nurul Izzah Di Bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan!!!


"Sebagai ketua pasukan polis, saya kecewa dengan tindakan dia. Daripada gambar itu, ia tidak kelihatan seperti satu kebetulan. Ia gambar aksi,” 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Izzah boleh disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menderhaka.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar boleh didakwa atas tuduh menderhaka susulan tersebarnya gambar dia bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram dalam satu majlis pada 9 November lalu.

Khalid berkata, beliau memandang serius perkara itu walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telahpun meminta maaf dan kesal dengan apa yang berlaku.

“Walaupun dia telah meminta maaf tetapi ia dua perkara berbeza,”

Izzah telah menyatakan kesal dengan gambar itu kerana menimbulkan kemarahan ahli keluarga pasukan keselamatan negara yang terbunuh ketika pencerobohan di Lahad Datu.

Katanya, dia tidak pernah bertemujanji dengan Jacel Kiram dan semua tetamu yang hadir dalam majlis itu ditentukan oleh pihak penganjur.

10 anggota pasukan keselamatan dan dua orang awam terbunuh dalam pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

UNTUK KITA FIKIRKAN :

Persoalan besar sekarang, apakah Nurul Izzah telah 'meminta maaf' atau hanya 'amat kesal' sahaja? Nurul Izzah diminta jawab.

'Minta maaf' dan 'amat kesal' adalah 2 kenyataan yang sangat berbeza intonasi dan pengertiannya. 'Amat kesal' tidak bererti Nurul Izzah mengaku bersalah di atas perbuatan beliau yang dimarahi rakyat dan mengguris teruk perasaan ahli keluarga perajurit yang dibunuh. 

Jika Nurul Izzah 'amat kesal' sahaja, rakyat Malaysia patut menekan habis-habisan anak Anwar Ibrahim supaya meminta maaf dan disiasat oleh pihak berkuasa dengan segera. 

Dan jika sudah 'meminta maaf', Nurul Izzah juga diminta meletakkan jawatan seperti ahli Parlimen untuk menunjukkan keikhlasan dan kebenaran yang beliau benar-benar insaf ketika meminta maaf.
Share this article

1 Komen:

  1. Nak minta maaf apanya dia bukan tahu orang itu ada sekali.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top