Nuffnang

SAH!!! Nurul Izzah Dan Tian Chua Diharamkan Memasuki Sabah!


Nah! Rasakan natijah akibat kebiadapan dan ketelanjuran sendiri. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua akhirnya secara sah telah diharamkan memasuki  Sabah.

Keputusan itu dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3).

Seramai 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasannya berakhir.

Tiga lagi ADUN berkecuali, iaitu Datuk Wilfred Bumburing (BEBAS-Tamparuli) Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor)

Usul berkenaan dicadang Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meminta pihak berkuasa kerajaan menyekat kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.

Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan waris Kesultanan Sulu, Jacel Kiram, baru-baru ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top