Nuffnang

VIRAL : Warga Maya Bantu "Pulangkan" Gaji Farah


Seorang ‘hamba Allah’ berjaya memulangkan gaji kepada seorang wanita yang tercicirkannya berikutan posting di Facebook, yang menyaksikan perangai sebenar warga maya di negara ini.

Walaupun ada pengguna internet yang membantu mengesan wanita itu, tidak kurang juga yang berpura-pura mengaku tunai itu milik mereka.
Pada posting di laman Facebook, 19 November lalu, pengguna dengan akaun bernama Mesrafotografi Nizam Facebook memuat-naikkan sekeping gambar seorang individu memegang selepuk tunai yang dilabel sebagai 'Gaji Farah’.



"Tolong viralkan. Saya Mesrafotografi Nizamjumpa duit selepuk camnih dan tak ada apa info pun kecuali tulisan ‘gaji farah’ dan stu kupon voucher... lokasi Larkin (Johor Bahru). SMS sahaja 016-xxxxxxx," petik tulisan itu.

Tidak lama kemudian, portal laman budaya pop Sukan Star mengongsi posting itu di Facebook yang mula menarik perhatian.

Warga maya membantu menjejaki 'Farah' dan kemudian pada hari yang sama Nizam memaklumkan di Sukan Star bahawa dia berjaya mengesan wanita itu.

"Alhamdulillah, terima kasih Sukan Star kerana membantu. Dah jumpa dengan pemiliknya..


“Dia dah hubungi saya. Terima kasih semua dari yang membantu hingga berjumpa pemilik sebenar,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top