Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikatakan menerima suapan sebanyak RM10,000 daripada seorang individu berkaitan satu kes curi kenderaan.
Pegawai polis berusia 34 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan terbabit sebelum ini pernah ditahan SPRM Kelantan Januari lalu atas kesalahan sama berkaitan satu kes rogol di mana dia dikatakan menerima suapan sebanyak RM3,000.
Sumber SPRM menjelaskan pegawai polis terbabit ditahan kira-kira jam 5 petang tadi di satu kawasan berdekatan Rantau Panjang, Pasir Mas oleh sepasukan pegawai SPRM selepas menerima aduan daripada mangsa.
Menurutnya, inspektor itu pada awalnya meminta wang suapan sebanyak RM15,000 tetapi mangsa (pemberi wang suapan) hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM10,000 supaya dilepaskan.
Difahamkan, kes rasuah membabitkan pegawai berpangkat inspektor ini masih dalam siasatan di mana SPRM masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.
Ketika ditahan buat kali pertama Januari lalu, inspektor terbabit bertugas di sebuah IPD juga di Kelantan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban mengesahkan mengenai tangkapan terbabit.
Katanya dengan tangkapan terbaru ini menjadikan seramai 34 individu sudah ditangkap oleh SPRM tahun ini dan 11 daripadanya adalah anggota polis.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....