Nuffnang

JANGAN MENYIBUK!!! Amaran PAS Selangor Buat Guan Eng


Setiausaha Pas Selangor Mohd Khairuddin Othman memberi amaran keras kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan PKR Selangor dengan mendesak Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk mengisytihar Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Khairuddin berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan kerajaan PKR Selangor selepas DAP gagal mentadbir kerajaan Pulau Pinang selepas mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai kerajaan PH.

Jelas Khairuddin, pentadbiran di Pulau Pinang dan Selangor berbeza kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sentiasa bersatu dan menyokong pentadbiran Menteri Besar berbanding di Pulau Pinang.

"Di Selangor kita ada cara sendiri dan menteri besar mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat iaitu Pas dan PKR termasuk juga DAP.

"Pas Selangor menyokong pendirian tegas menteri besar dalam isu pentadbiran dan PR," kata Khairuddin.

Dalam masa sama, Pas juga memberi amaran awal kepada DAP dengan mengatakan parti Islam itu juga akan meletakkan calon di kerusi milik DAP. Perkara itu diputuskan susulan DAP sebelum ini mengistiharkan mahu bertanding di 8 kerusi milik Pas.

Selain itu, Pas turut menyifatkan tindakan Guan Eng mengatakan 5 Adun PKR yang mengambil langkah berkecuali sebagai satu pemberontakan, sebagai bukti bahawa pemimpin parti Cina cauvanist itu gilakan kuasa berbanding masalah rakyat.

"DAP dan Amanah nampak sangat kejar habuan, sebab itu keluar kenyataan tak fikir panjang. Kenyataan tak matang seperti ini akan buat rakyat fikir 2 kali untuk undi komponen parti yang berpecah pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beginilah cara untuk mengajar parti Cina cauvanist. Pas perlu tegas dan tidak mudah tunduk dengan amaran atau ugutan yang dilemparkan DAP.. Pas perlu berani untuk berlawan di kerusi milik DAP sebagaimana mereka mengugut untuk bertanding di semua kerusi Pas kecuali di Kelantan.

Lagipun, penulis percaya DAP bukanlah satu parti yang kuat... mereka menang di beberapa  kerusi pada PRU lalu adalah hasil kerjasama PKR dan Pas.. tetapi DAP bersikap bodoh sombong kononnya kemenangan kerusi pada pembangkang adalah usaha mereka.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top