Nuffnang

MELAMPAU DAH AIR ASIA NI, PROVOKASI #MH370




AirAsia menjadi sasaran warga siber berhubung sekeping gambar yang beredar di talian malam tadi berkaitan sebuah artikel di majalah dalam penerbangan syarikat tambang murah itu – travel 3Sixty – yang disifatkan ‘tidak sensitif’ ekoran tragedi MH370.

Gambar tersebut dikatakan menunjukkan halaman 125 majalah itu, dan ia merupakan sebahagian daripada artikel Tiga muka surat yang menggambarkan insiden-insiden lalu di mana juruterbangmendarat di lapangan terbang yang salah dan soal teknikal yang terbabit dalam menangani isu ini, termasuk mempertingkatkan latihan untuk juruterbang.

Petikan itu berbunyi: “Training and Preparation – Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough.

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!”

(Terjemahan: “Latihan dan Penyediaan – latihan untuk juruterbang di AirAsia berterusan dan sangat teliti. Yakinlah bahawa kapten anda cukup bersedia untuk memastikan pesawat anda tidak akan hilang. Selamat terbang!”)

Ini datang tidak sampai sebulan bulan sejak kehilangan MH370, di mana pesawat penerbangan ke Beijing itu secara misteri hilang pada 8 Mac dan kini dipercayai penerbangannya berakhir di Lautan Hindi.

Yang awal membangkitkan isu itu ialah pengguna Twitter di bawah nama @Shamilf.
read more...

GEMPUR : ESSCOM Sedia BERSIHKAN Pulau Dan Resort Bermasalah!!!

KOTA KINABALU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melancarkan operasi besar-besaran bagi 'membersihkan' pulau-pulau peranginan adan resort dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) daripada pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Mentek berkata, tindakan segera itu dilakukan selepas pihaknya percaya kumpulan tersebut berpotensi menjadi tali barut atau pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan.

"Kita syaki ada orang dalam, khususnya orang tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat awal kepada kumpulan penculik," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas insiden penculikan dua wanita termasuk seorang pelancong China di sebuah resort di Pulau Singamata oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada Rabu lalu. - KOSMO!



read more...

#MH370 : KJ Bidas Anwar!!! @KhairyKJ




MH370 Dalam satu siri tweets, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno Malaysia menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai tidak berasas.

Katanya, ketika kerajaan Malaysia bersama rakan-rakan negara lain memanfaatkan setiap minit mencari MH370, ketua pembangkang itu pula mencari keuntungan politik.

Anwar, dalam temubual dengan The Telegraph UK, mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal, dan mengecam kerajaan kerana tidak bertindak lebih awal untuk mengelakkan pembaziran sumber mencari di Laut China Selatan.

"Mereka (kerajaan) mempunyai kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," Anwar dilaporkan berkata.

Khairy membalas bahawa jet tentera udara tidak memintas MH370 - yang hanya satu plot dikenal pasti di radar - kerana Malaysia bukan sedang berperang dan pesawat awam itu sudah terbang meninggalkan ruang udara Malaysia.


read more...

GAMBAR : Detik-Detik Cemas Penculikan Di Semporna Yang Sempat Dirakam!!




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Wira Hamza Taib berkata, polis mempunyai sebab kukuh untuk mempercayai kejadian penculikan di Singamata Reef Resort, Semporna semalam didalangi pihak dalam yang mahir akan selok-belok pusat peranginan tersebut.

“Di sekeliling pusat peranginan tersebut mempunyai suatu sistem halangan di mana tali rentangan dan sebagainya diletakkan agar bot-bot tidak mudah masuk.

“Tetapi hanya orang yang benar-benar mahir sahaja yang tahu, yang boleh masuk dengan mengikuti alur-alur tersebut. Dan enjin bot tersebut tidak akan tersangkut pada tali-tali tersebut,” katanya dalam satu sidang media di ibupejabat Kontinjen polis Sabah, Kepayan petang tadi.

Katanya, beliau telah mengarahkan beberapa serbuan dibuat dan "kita juga mempunyai beberapa keterangan yang boleh kita percayai boleh membantu kita.”

Mengenai tahap keselamatan yang dijalankan di sekitar perairan Semporna selama ini Hamza berkata, mereka telahpun melakukan yang terbaik.

Katanya, pihak polis dan pasukan keselamatan yang lain hampir setiap malam melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Ketika ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di sebalik kekerapan rondaan tersebut, Hamza (kanan) berkata, para penculik, selain mahir dengan sistem tali rentangan tersebut, mereka turut kelihatan masak mengenai masa rondaan pihak keselamatan.

“Seperti yang saya katakan tadi, kejadian ini dilakukan oleh orang dalam. Mereka tahu bila masanya rondaan dibuat. Sebelum kejadian tersebut, pihak keselamatan ada melakukan rondaan. Penculikan hanya berlaku selepas mereka beredar dari situ,” katanya kepada Malaysiakini selepas sidang media itu.

Buat masa ini, katanya, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Tetapi polis Sabah yakin mereka mempunyai petunjuk yang boleh membantu mereka.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah diarahkan untuk membuat tangkapan, kata Hamza.

Menurutnya lagi, polis percaya dan menganggap suspek adalah dari golongan KFR (Kidnapping For Ransom). Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tuntutan yang dibuat setakat ini.

Lazimnya mengikut sejarah penculikan di Sabah, para penjenayah akan melakukan penculikan sebelum menyerahkan mangsa kepada kepada kumpulan yang boleh mendapatkan habuan lebih.

“Kebiasaannya mangsa culik akan diserahkan kepada kumpulan pecahan Abu Sayaff. Tetapi kita yakin kita telah mengenal pasti kumpulan penculik ini. Tetapi bukan satu kumpulan, mungkin ada dua, tiga kumpulan. Tetapi tak lari daripada yang disyaki,” katanya optimis.Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh orang yang menaiki bot mendarat di Singamata Reef Resort dan melakukan penculikan.

Tiga daripada mereka naik ke darat dengan memakai topeng serta bersenjata dan menculik seorang wanita berusia 40 tahun warganegara Filipin Marcy Dayawan@Mimi yang bekerja di pusat peranginan tersebut.

Turut diculik adalah seorang wanita warganegara China Gao Hua Yun dari Shanghai yang berusia lingkungan 20-an.

Kenyataan bahawa penculik tersebut tersebut menuju ke asrama pekerja dengan bertopeng lalu menculik wanita Filipina tersebut memperlihatkan kemahiran mereka akan selok-belok tempat tersebut.

Ini turut menguatkan lagi syak pihak polis bahawa orang dalam turut terlibat dalam insiden tersebut.

Hasil siasatan awal polis mendapati wanita Filipina itu telah bekerja di pekan Semporna sebelum dipindahkan ke Resort tersebut yang terletak dalam jarak dua batu nautika dari pekan itu.

Menurut Hamza lagi, polis akan menyiasat secara mendalam kejadian tersebut termasuklah kaitan wanita Filipina itu dengan kumpulan penculik.




Mengenai wanita China yang diculik itu, Hamza berkata, mereka percaya dia berada di tempat yang salah pada masa yang salah kerana dia kebetulan berdiri di verandah bilik ketika penculik melalui tempat itu semasa melarikan wanita Filipina tersebut.

“Penculik ternampak wanita China itu lalu turut menangkapnya. Kami percaya dia adalah mangsa penculikan rambang dan dijadikan ‘shield’,” kata Hamza sambil menambah wanita itu adalah seorang pelajar Universiti di China yang datang ke Semporna untuk mengambil lesen menyelam.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 61 pelancong di pusat peranginan tersebut dan 59 daripadanya warganegara China, seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara Iran.

Namun selepas kejadian, ada di antara mereka memutuskan untuk terus berada di pusat peranginan tersebut selepas keterangan mereka diambil. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Mengenai dua dua mangsa culik itu, polis dengan maklumat yang mereka perolehi percaya mereka masih berada dalam keadaan selamat dan berada di luar Sabah.

Kejadian penculikan ini merupakan insiden yang kedua berlaku di Semporna dalam tempoh lima bulan.




read more...

VIDEO : Remaja Gaduh Kerana Pak We!!



Dua budak perempuan termasuk seorang daripadanya dipercayai bekerja di kedai kasut yang menjadi lokasi pergaduhan ini terang-terangan tak puas hati disebabkan lelaki.

Aduh, sedih sungguh bila tengok umur baru setahun jagung macam ini dah pandai datang serang orang sebab nak pertahankan pakwe.

Yang kawan pula bukan tolong nak leraikan tapi tolong rakam. Mujur aksi paling teruk cuma sampai part mencarut dan tamparan sedas dua di pipi masing-masing sebelum budak yang datang menyerang itu beredar.

Pada pendapat kami, daripada memalukan diri macam ini baik dua budak ni team up dan pergi tanya pakwe apa pasal dia menggatal dengan kedua-dua mereka? 


- SUMBER
read more...

ADOII....Culik Lagi Di Semporna!!!



Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu - seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu.

Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot.

Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot.

Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut.

Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut.

Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China.

Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini.

Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri kearah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu.

Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut.

Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika.

Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek.

Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalanka

- SUMBER
read more...

Mak Aii.... Al-Kisah Lukisan Pak Samad Itu Buat DUN Selangor Bergegar!!




Isu dua keping lukisan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, yang gagal dijelaskan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor bukanlah perkara besar. Ia hanya berharga RM 16,000.00 dan petang tadi kerajaan mengumumkan mereka akan menjelaskan bayaran tersebut kepada Pak Samad.

Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail (kanan) berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.

Kita tidak fikir sesiapa pun faham apa maksud kenyataan Rodziah ini kerana menurut laporan Pak Samad tidak menerima sesen pun bayaran. Adakah Rodziah membayar RM 8,000.00 sebelum ini atau tidak bayar langsung?

Namun yang paling menarik ialah bagaimana untuk menjustifikasikan pembayaran lukisan tersebut Rodziah berkata dua lukisan tersebut telahpun diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selanngor (Padat).

“Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco negeri di Shah Alam hari ini.

Ini menimbulkan pertanyaan besar, kerana Pak Samad sebelum ini menjelaskan dua lukisan dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bernilai RM8,000 setiap satu.

“Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

“Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8,000,” Samad dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.

Adalah jelas lukisan yang berharga RM 8,000.00 itu merupakan pembelian sebagai hadiah kepada dua pemimpin utama Kerajaan Negeri selangor iaitu, Menteri Besar Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Oleh kerana ia merupakan hadiah daripada seorang ahli politik seperti Rodziah kepada pemimpin politik parti beliau wajarkah kerajaan yang membayarnya?

Jika ia merupakan hadiah program tertentu kepada kedua-dua pemimpin tersebut tentulah sudah ada peruntukan yang dikhaskan. Apakah Rodziah telah menggunakan peruntukan tersebut untuk perkara lain dan sekarang mahu meminta kerajaan Negeri membayarnya?

Justeru untuk menjustifikasikan pembayaran ini kepada aktivis setia PKR, Rodziah mengumumkan lukisan tersebut diserahkan kepada Muzium Negeri. Sama ada diserahkan atau tidak kita tidak pasti.

Jika diserahkan pun ini merupakan tindakan “afterthought” yang cuba mengaburi mata masyarakat dan melindungi korupsi kecil-kecilan bagi memberi imbuhan kepada penyokong mereka.

Tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membeli karya sasterawan negara. Cuma mengapa dengan tiba-tiba hadiah kepada pemimpin Pakatan sudah bertukar kepada pembelian karya oleh Muzium Negeri?

Apakah wujud dua kali tuntutan (double claim) untuk barangan yang sama? Rodziah harus menjawab dengan jelas isu ini kerana wujud perbezaan jelas antara kenyataan beliau dan Pak Samad. Apakah lukisan tersebut hadiah kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim atau pembelian untuk Muzium Negeri?

RM 16,000 mungkin kecil dalam pentadbiran negeri, namun kelihatan ia seolah-olah sebahagian kecil bentuk korupsi.

Dalam kerajaan yang dianggap bersih dan telus oleh kaum Cina di Selangor, mereka bebas berbuat apa sahaja – Pasir dan Kumpulan Semesta, Datuk Jelatek, REIT harta anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor, lembu korban dan kronisma.

Syabas Khalid Ibrahim!

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top