Nuffnang

LAHAD DATU : Mahkamah - Pengganas Cabar Sebelum Tembak!!



Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, kumpulan pengganas mencabar anggota pasukan keselamatan sebelum melepaskan tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac, tahun lalu. 

Pegawai Turus Risikan Pasukan Gerakan Khas (PGK) Komando 69, Superintendan Mancha Anak Laga, berkata jeritan tiger, berambus kau dari sini, ini tanah kami, ini bumi kami, dalam Bahasa Melayu itu disusuli tembakan oleh pengganas yang menyebabkan seorang anggota kumpulannya, Koperal Sabaruddin Daud, terkorban. 

Saksi ketiga pendakwaan itu, berkata ia berlaku ketika kumpulan diketuainya terserempak dengan sekumpulan pengganas jam 9.50 pagi, selepas hampir tiga jam membuat tinjauan rapat di kawasan berkenaan. 


Tinjauan rapat 

Pada 1 Mac 2013, saya bersama anggota kumpulan memulakan tinjauan rapat di Kampung Tanduo jam 7 pagi dan jam 9.50 pagi, dan kami terserempak seramai 35 hingga 40 orang penceroboh bersenjata berpakaian celoreng ala tentera dalam jarak kira-kira 30 meter. 

Penceroboh mencabar kumpulan saya dan menjerit tiger, berambus kau dari sini, ini tanah kami, ini bumi kami. Kira-kira tiga atau empat saat selepas jeritan itu, kami diserang bertalu-talu, katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed. 

Beliau berkata demikian pada perbicaraan 27 warga Filipina dan tiga rakyat tempatan yang menghadapi pelbagai dakwaan dalam aktiviti keganasan, termasuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas di Lahad Datu, awal Februari tahun lalu. 

Mancha berkata, akibat serangan itu, beliau dan anggota kumpulannya segera mencari perlindungan menyebabkan berlaku berbalas tembak kira-kira sejam. 


Terkena tembakan 

Sabaruddin terkorban akibat kecederaan di kepala selepas terkena tembakan pengganas, tetapi tiada anggota lain dalam kumpulannya cedera. 

Ketika pertempuran itu, katanya, beliau menerima maklumat melalui walkie-talkie mengenai kematian seorang anggota kumpulan lain, Inspektor Zulkiflili Mamat selain dua anggota parah iaitu Koperal Azman Ampong dan Koperal Tarmizi Hashim. 

Selain kumpulan diketuai Mancha, dua lagi kumpulan yang ditugaskan menjalankan tinjauan rapat sekitar Kampung Tanduo, turut bertempur dengan pengganas. 

Selepas pertempuran, beliau dan beberapa pegawai serta anggota dalam kumpulannya membuat pemeriksaan sekitar lokasi pertempuran dan menemui 12 mayat pengganas. 

Ketika pemeriksaan itu, kami menjumpai selaras raifal M16 dan Colt AR15 bersama dua kelopak mengandungi sejumlah peluru bersaiz 5.56 milimeter, katanya. 

Mereka juga juga menjumpai dua laras senjata api jenis Garrad bersama lapan kelopak yang mana tujuh daripadanya berisi peluru, manakala satu lagi kosong. 

Turut ditemui sepucuk revolver .38 berisi sejumlah peluru dan tiga pelancar grenad yang masih aktif. 

Mahkamah turut memintanya mengenal pasti senjata yang dijumpai ketika pertempuran itu.

read more...

Putrajaya Buat Hal Lagi? @NajibRazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal



Semalam admin ada menerima satu khidmat pesanan daripada seorang sahabat melalui aplikasi whatsapp.

Sesuatu yang memeranjatkan admin, pengirim tersebut mendakwa bahawa Perbadanan Putrajaya telah menarik balik kebenaran yang diberikan kepada pihak penganjur.

Persoalannya, kenapa pula kebenaran diberikan sejak dari awal lagi sekiranya program yang dianjurkan itu atas alasan ketidaksetujuan?



Apakah Perbadanan Putrajaya lebih senang dengan tertegaknya premis hiburan berbanding menegakkan kalimah Allah?

Jika disingkap semula, perancangan mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya dipukul canang seolah- olah ianya bakal menjadi mercu tanda kebanggaan bandar islamik itu (sekalipun sudah dinafikan).

Atas frasa bandaraya islam, apakah Perbadanan Putrajaya takut untuk turut sama memberikan sokongan terhadap usaha- usaha menegakkan kalimah Allah?

read more...

PELURU SESAT!!! Pelajar Malaysia Cedera Di Mesir

SEORANG penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, cedera apabila pipi kanannya terkena serpihan besi dipercayai daripada peluru sesat yang dilepaskan secara rambang oleh pihak tentera, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar 3 petang itu (waktu Malaysia), Zahid Naser, 27, penuntut kuliah Usuluddin universiti itu terkena peluru sesat ketika menghantar isterinya untuk menghadiri peperiksaan.

Jurucakap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dihubungi berkata, mangsa dikatakan menggunakan jalan berhampiran kumpulan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang mengadakan demonstrasi aman berikutan Mursi dijadualkan dibicarakan di mahkamah pada hari sama.

Bagaimanapun, perhimpunan itu bertukar ganas apabila sekumpulan anggota tentera lengkap bersenjata api melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam yang menyertai demonstrasi itu.





"Mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian menuju ke pusat kuliah di universiti itu terkena serpihan besi dipercayai percikan peluru sesat yang mengenai mulut dan pipi kanannya,” katanya.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, Zahid dilaporkan dalam keadaan stabil manakala isterinya yang menuntut dalam jurusan Ulum Islamiah tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Serpihan besi yang melukakan pipi mangsa berjaya dikeluarkan sebelum mangsa menerima jahitan," katanya.

Kejadian itu disifatkan berlaku secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa terkandas di dalam kumpulan individu yang sedang melakukan demonstrasi itu.

Difahamkan, pihak PMRAM sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua penuntut supaya meningkatkan tahap keselamatan dan menjauhi kawasan demonstrasi dilakukan.

read more...

FAKTA : Melayu Terlalu Bersabar Atau Lemah Isu Kalimah Allah!!!

Senarai menunjukkan bahawa arahan pekeliling dan surat amaran telah diberi kepada akhbar The Herald sebanyak 11 kali menjangkaui tempoh Disember 1986 sehinggalah Januari 2009. — Sumber: Penghakiman bertulis Yang Arif Mohamed Apandi Ali, Mahkamah Rayuan (halaman 8-9)
Setiap satu daripada 11 peringatan dan amaran tersebut di bawah telah dibakul-sampahkan oleh pengarang The Herald yang langsung tidak mengendahkan larangan terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam suratkhabarnya itu:
  • 5 Dec 1986: Directive … ignore
  • 27 May 1998: First admonition letter … ignore
  • 17 July 2002: First show-cause letter … ignore
  • 11 Oct 2006: Second admonition letter … ignore
  • 17 Jan 2007: Third admonition letter … ignore
  • 5 Feb 2007: Fourth admonition letter … ignore
  • 12 March 2007: Second show-cause letter … ignore
  • 24 April 2007: Prohibition Notice … ignore
  • 13 Sept 2007: Fifth admonition letter … ignore
  • 30 Dec 2008: Approval of publication permit, with 3 conditions … ignore
  • 7 Jan 2009: Offer to water down the 3 conditions … take to court


Bawah: Gambar tunjuk perasaan di Masjid Negara untuk membantah orang Kristian mengguna “Allah” dirakam pada 8 Januari 2010.
  • Itu 8 Januari 2010, orang Islam berdemo
  • Lepas tu habis tahun 2011 … demo lagi
  • Tahun 2012 … protes
  • Tahun 2013 … protes lagi
  • Hari ini dah 9 Januari 2014
Dari tahun 1986 sampai lah ke masa kini menyaksikan bagaimana umat Islam telah mencuba dengan sedaya upaya untuk menjelaskan kepada The Herald tentang bezanya kepercayaan tauhid berbanding konsep triniti.
Sudah 29 tahun orang Islam sabar berunding tetapi orang Kristian masih belum boleh faham.



read more...

HARGA NAIK!!! Surat Palsu Perbendaharaan Jadi Viral Tanpa Penafian?






Hmm... Ke mana perginya Unit Komunikasi agensi atau kementerian terbabit? Ini bukannya isu teknikal mahupun isu yang perlukan kajian atau penjelasan yang mendalam. Hanya sekadar PENAFIAN sudah memadai untuk menjelaskan kepada rakyat yang ketika ini begitu "FOBIA" dengan berita kenaikan.

Sepanjang malam tadi, sekeping pekeliling palsu yang menyatakan harga RON97 telah dinaikkan sebanyak 5 sen, menjadi viral.

Walaupun ada yang cuba menangkis berita tersebut, tetapi mereka juga terkapai-kapai apabila diserang bertalu-talu oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak sahaja hidup dalam kepalsuan, bahkan denyut nadi mereka semua adalah kerana kepalsuan, seperti palsunya lelaki bernama Anwar Ibrahim!

Mana mereka yang digajikan dengan wang rakyat untuk menjawab dan menerangkan kepada rakyat bahawa berita tersebut adalah palsu? Mana mereka yang diberikan gaji besar untuk tujuan berkenaan?

Adakah mereka sedang mencari-cari kambing hitam untuk dipersalahkan, sedangkan mereka pula terus hidup dalam keseronokan tanpa perlu bekerja keras di dalam era penuh fitnah seperti sekarang?

Seharusnya Kerajaan MEMANSUHKAN KESEMUA ENTITI yang ada perkataan PENERANGAN kerana segala macam PENERANGAN ini hanya MENTEKEDAGHAH BERATUS JUTA peruntukan daripada wang pembayar cukai, sedangkan pada masa yang sama, keberkesanan mereka amat diragui.

Kalau surat palsu sebodoh itu pun tidak boleh dijawab, untuk apa ada segala macam PENERANGAN di Malaysia yang membabitkan wang rakyat Malaysia? 

Sepanjang malam tadi, sekeping pekeliling palsu yang menyatakan harga RON97 telah dinaikkan sebanyak 5 sen, menjadi viral.

Walaupun ada yang cuba menangkis berita tersebut, tetapi mereka juga terkapai-kapai apabila diserang bertalu-talu oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak sahaja hidup dalam kepalsuan, bahkan denyut nadi mereka semua adalah kerana kepalsuan, seperti palsunya lelaki bernama Anwar Ibrahim!

Mana mereka yang digajikan dengan wang rakyat untuk menjawab dan menerangkan kepada rakyat bahawa berita tersebut adalah palsu? Mana mereka yang diberikan gaji besar untuk tujuan berkenaan?

Adakah mereka sedang mencari-cari kambing hitam untuk dipersalahkan, sedangkan mereka pula terus hidup dalam keseronokan tanpa perlu bekerja keras di dalam era penuh fitnah seperti sekarang?

Seharusnya Kerajaan MEMANSUHKAN KESEMUA ENTITI yang ada perkataan PENERANGAN kerana segala macam PENERANGAN ini hanya MENTEKEDAGHAH BERATUS JUTA peruntukan daripada wang pembayar cukai, sedangkan pada masa yang sama, keberkesanan mereka amat diragui.

Kalau surat palsu sebodoh itu pun tidak boleh dijawab, untuk apa ada segala macam PENERANGAN di Malaysia yang membabitkan wang rakyat Malaysia? 

read more...

YUNA Malukan Anwar Di AS?



Kalau orang lain pergi keluar Negara dengan niat yang baik, dah tentu - tentu diorang akan dapat pengiktirafan yang sewajarnya dan dikenali seluruh dunia.

Itulah tuah yang diterima oleh Yuna ni. Dia pergi keluar Negara untuk mengembangkan bakat dia dalam bidang musik. Tak de pulak dia nak memburuk - burukkan Negara sendiri.

Bukan macam Si Ketua Penipu tu. Pergi keluar Negara hanya untuk memburuk - burukkan Negara sendiri apa kejadahnya. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung.

Tu pasal la Si Ketua Penipu tu sampai hari ni tak diterima rakyat sama ada di Malaysia atau pun di dunia. Yang terima pun puak - puak Yahudi sebab boleh jadikan Si Ketua Penipu tu boleh sebagai keldai suruhan diorang!!! Itu je standard Si Ketua Penipu tu sebenarnya!!!

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna tersenarai sebagai 20 artis baharu yang perlu diberi perhatian sepanjang 2014 di Amerika Syarikat oleh laman The Huffington Post pada Selasa.

Yuna, 28, turut menjadi satu-satunya artis dari Asia yang dilihat berpotensi untuk mencipta nama bersama 19 lagi artis lain.

The Huffington Post menyifatkan Yuna berjaya membuktikan bahawa dia adalah bukan sekadar penyanyi tempelan dan mampu menempatkan nama dalam industri muzik di Amerika.

"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama. Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," kata laman web itu tentang Yuna.

Antara nama lain yang turut tersenarai adalah seperti Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Knytro, Sam Smith dan Wake Owl.

Dalam pada itu, Yuna dalam satu respons di laman Facebook miliknya berkata, dia sangat berbangga terpilih antara 20 artis dalam senarai tersebut.

Lagu nyanyian Yuna bersama Owl City berjudul Shine Your Way turut mendapat pencalonan awal anugerah Oscar kali ke-86 dan akan bersaing dengan 74 buah lagu lain. Lagu tersebut adalah runut bunyi untuk filem animasi Hollywood berjudul The Croods.

read more...

"BUBAR AJE MKPN TU" - Hassan Ali



KUALA LUMPUR 8 Jan - Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang berperanan untuk mencari penyelesaian bagi segala masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum di negara ini gagal berfungsi dengan sebaiknya dan wajar dibubarkan.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, fungsi utama MKPN adalah merakamkan rasa kesal terhadap pendirian MKPN berhubung isu rampasan Bible yang sewajarnya mengambil ketetapan bagi mengukuhkan perpaduan ini

" Saya merakamkan kekesalan kami terhadap MKPN yang telah mengecam tindakan JAIS menyerbu Persatuan Bible Malaysia dan berikutan dengan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban ," katanya dala satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JATI merasakan tindakan yang dilakukan oleh JAIS adalah wajar selaras dengan peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998 yang bertetapan dengan Pelembagaan Persekutuan.

Tambah Hasan Ali, pihak MKPN seharusnya terlebih dahulu meneliti fakta yang digariskan oleh di samping mendapatkan penjelasan mereka dalam peruntukan undang - undang berkaitan dengan tindakan yang lakukan oleh JAIS.

" Kami difahamkan bahawa MKPN tidak mendapat maklumat secara langsung daripada JAIS dengan tindakan mencela jabatan tersebut yang melakukan tanggungjawabnya amat tidak tepat pada tempatnya.

" Dari segi logiknya, JAIS tidak seharusnya menerima sebarang celaan kerana badan induk itu diamanahkan untuk menjaga martabat dan keagungan Islam malah celaan sharusnya dilontarkan kepada pihak gereja dan Paderi Lawrence Andrew yang menjadi dalang pada isu hangat diperkatakan. Secara terang-terang beliau telah menghasut ketegangan agama dan menghina keputusan Mahkamah Rayuan," katanya.

Beliau menegaskan, badan induk ini seharusnya beroperasi dan bertindak atas prinsip kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi dalam melakukan sesuatu tindakan dimana dapat dilihat ketika mereka gagal menghayati sifat matang , adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Sekiranya tindakan sulung dari majlis ini tidak dapat menyemai keyakinan rakyat terhadap kebolehan dan kemampuan maka kewujudan majlis itu dengan sendirinya sudah diwarnai dengan bibit-bibit hitam yang boleh menggugat kewibawaan mereka," katanya.

Pihak JATI berpendapat , sekiranya inilah cara mereka mengendalikan majlis konsultansi, maka dengan lebih baik ia dibubarkan sahaja demi menyelamatkan wang Negara dalaman rakyat yang sedang dibebani dengan kos hidup yang melampau.

Paderi Lawrence sebelum ini bertindak dengan membelakangi keputusan Makamah Rayuan dan titah KDYMM Sultan Selangor dengan meminta gereja-gereja katolik diseluruh negeri Selangor terus menggunakan kalimah Allah.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top