Nuffnang

VIDEO : ADOIII...Kem PLKN Mana Pulak Yang "GOYANG K-POP" Ni??



Sebuah video yang dipercayai dirakamkan pada malam akhir dan penutup bagi satu sesi kumpulan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah tersebar.

Video tersebut menyaksikan sekumpulan peserta perempuan PLKN sedang menari dengan gaya k-pop. Tariannya agak menarik, dengan liuk lentuk tubuh yang agak seirama dengan rentak lagu.

Video ini kemudiaanya mendapat kecaman dari salah sebuah blog pro pembangkang yang memuatnaiknya di laman FB beliau. Beliau berpendapat tarian peserta-peserta perempuan ini berlandaskan ghairah semata-mata.

Salah seorang komentor pula berpendapat ini adalah acara bebas dan penutup, oleh yang demikian terpulanglah kepada peserta-peserta untuk menampilkan bakat masing-masing. Namun begitu, komen ini telah mendapat reaksi negatif dari 'pak syeikh-pak syeikh' Google.



- SUMBER

Bagaimana pula pembaca yang lain? Apa yang anda pandang? BAKAT atau KESESATAN semata-mata? Siap ada pula yang bertudung tu, MEMALUKAN je...

Masing-masing punya pandangan berbeza, namun gua nak dengar juga penjelasan dari pihak PLKN berhubung isu ini.

Ke pegawai dan petugas-petugas dari PLKN tumpang layan "FREE SHOW" sampai tak sempat nak buat apa-apa... Bagi komen sikit.....
read more...

FB : Makin Ramai Remaja Share Gambar Tak Senonoh!!



Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu.

Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.

Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.

Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan.



Yang ini pula, gambar tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?

Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.

Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.

Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.

Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.



Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti? – 

read more...

VIDEO : Mai La Tengok Abby Abadi Ni - HOT BEB!!

"Gebang Lebih la lu". Ustazah 'mee segera' Abby Abadi yang bukan sahaja tampak cetek ilmunya tetapi penjelasan beliau menunjukkan beliau perlu belajar lebih mendalam tentang perkara yang beliau "gebangkan".



Sebab dah ada video, penulis pun tak nak ulas panjang-panjang. Tengok la 2 video kat bawah ni.




Di bawah pula adalah video seorang Ahli PAS Sg Limau yang juga penyokong kuat Allahyarham Uztaz Azizan mahu BN menang dalam PilihanRaya kali ini.



read more...

ERRR.... Suami ADUN PKR, Isteri Ketua Wanita UMNO




BUKANLAH kita sengaja hendak mencari kesalahan orang lain apalagi mereka yang telah bergelar pemimpin tetapi apa yang terbukti di depan mata sehingga menimbulkan seribu persoalan, rasanya tidaklah keterlaluan untuk dikongsi bersama.

Ceritanya begini, Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu yang baharu, Redonah Bahanda berjaya menewaskan Tina Majawan, penyandang yang telah memegang jawatan tersebut sejak 30 tahun lalu.

Redonah adalah calon paling layak menentang Tina setelah tidak ada wanita yang berani mencabar jawatan tersebut yang disifatkan amat kebal di Kota Marudu.

Pengalaman Redonah sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu selama dua penggal sudah cukup membuat dirinya dikenali.

Apabila Redonah menawarkan diri untuk mencabar Tina, dia mula mendapat perhatian wanita UMNO yang memang mahukan perubahan dalam kepimpinan Wanita yang telah dianggap lapuk.

Selaku Ketua Puteri, banyak kerja-kerja amal yang dilakukan bersama anggotanya demi menaikkan nama UMNO yang kini semakin mula mendapat tempat di kawasan tersebut.

Tina Majawan akhirnya terpaksa akur dengan kemenangan Redonah. Menariknya, ketika kempen berlangsung, isu yang paling hangat dimainkan adalah hubungan Redonah dengan suaminya, Jailani Hamdan.

Apa yang menarik?

Inilah persoalannya kerana suami Redonah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matuggong yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jailani menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Jailani sebelum menyertai PKR merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu. 

Ketika Redonah bertanding jawatan Ketua Wanita, banyak suara yang tidak puas hati kerana memenangkan isteri seorang pembangkang yang sentiasa berkempen menentang kerajaan BN.

Namun tuah Redonah, dia tidak menghadapi masalah untuk menang jawatan tertinggi dalam wanita di bahagiannya.

Sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri tetapi apa penting ialah suami ADUN dari PKR dan isteri Ketua Wanita UMNO Bahagian itu hidup bahagia sebagai suami isteri bersama tiga anak tersayang.
read more...

ROMPAKAN AMBANK : Suspek "UPLOAD" Gambar Duit Di FB!!




23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib.

Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.




Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.




Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.


Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.






Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!

Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.



Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan. 

- SUMBER
read more...

VIDEO : Rompakan 3 Jahanam Di Kedah!!





KEDAI serbaneka yang menjalankan operasi selama 24 jam masih menjadi sasaran rompakan terutama di waktu tengah malam selepas orang ramai mula tidur.

Satu rakaman video rompakan ke atas sebuah kedai serbaneka 7 Eleven tersebar di laman Facebook termasuk di laman Malaysian Crime Awareness Campaign.

Lokasi kejadian ialah kedai 24 jam di Sungai Bedung, Kedah pada 16 Oktober lepas kira-kira pukul 3.52 pagi.

Kejadian bermula apabila seorang pelanggan mahu memasuki kedai berkenaan yang dikunci dari dalam.

Penjaga wanita kedai itu membuka kunci untuk membiarkan pelanggan berkenaan masuk.

Beberapa saat selepas pelanggan itu masuk, tiga suspek perompak bertopeng masuk ke dalam kedai berkenaan bersenjatakan parang.

Mereka mengarahkan dua pekerja wanita berkenaan memasukkan duit ke dalam beg yang dibawa sementara seorang suspek lagi mengunci pintu bagi memastikan kerja jahat merek tidak diganggu.

Selepas itu ketiga-tiga perompak, mencuri rokok-rokok yang dijual juga dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Selesai melakukan kerja jahat, ketiga-tiga suspek meninggalkan kedai berkenaan, dan pekerja wanita itu terus mengunci pintu.

Kemudian, beberapa orang pelanggan yang hendak datang membeli barangan di kedai itu tidak dibenarkan masuk oleh para pekerja itu ekoran baru sahaja dirompak. 


VIDEO : Perompak Tiga Jahanam Di Kedahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/VIDEO-Perompak-Tiga-Jahanam-Di-Kedah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/VIDEO-Perompak-Tiga-Jahanam-Di-Kedah-150x150.jpgAuthor MNHJenayahTerkini,




read more...

PENIPU!! PAS Akhirnya Mengaku - Apa Pula Nak "SPIN" Selepas Ini?



PAS hari ini menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan almarhum Tan Seri Azizan Abdul Razak di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelum ini.

Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, pihaknya tidak ada niat untuk "mengada-adakan sesuatu yang tidak ada" dan akan menyiasat perkara itu dengan pereka grafik yang mereka risalah itu.

"Saya akan siasat dan kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini," katanya yang bertindak sebagai pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil Sungai Limau.

Tambahnya lagi, PAS sendiri sebenarnya ada banyak gambar calon mereka bersama Azizan dan tidak perlu berbuat demikian untuk mengelirukan penduduk Sungai Limau.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian PAS di pusat operasi mereka pagi tadi.

Tindakan pertindihan gambar (superimpose) itu didedahkan akhbar Sinar Harian hari ini. (KLIK SINI)




Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.

Namun, gambar Muhamad Mat Yakim diganti dengan gambar calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

Mohd Idros yang hadir sendiri ke sidang akhbar PAS pagi tadi turut mengajukan soalan berkenaan risalah itu yang menggunakan kepala akhbar (masthead) bertulis 'Sinar Sungai Limau' yang hampir Sinar Harian.

Menjawab pertanyaan itu, Amiruddin berkata orang ramai tidak mungkin tersalah anggap yang risalah itu adalah sama dengan akhbar Sinar.

"Saya ingat tak timbul isu, nama dia Sinar Sungai Limau.

"Saya ingat dari segi tulisan yang digunakan, tak ada persamaan langsung dengan Sinar Harian," katanya.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top