Nuffnang

Sebab Reader's Digest Klasifikasikan Malaysia Negara Tidak Beradab

Sebuah majalah popular dan berpengaruh, Reader’s Digest telah mengadakan kajiselidik berkenaan adab dan kesopanan di 36 buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana ‘kesopanan dan kesusilaan’ termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling tidak beradab.

Rasanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kajiselidik tersebut.   Yang menjadi persoalannya ialah sama ada kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang wajar diperbahaskan.




Melayu yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santun.  Bahasanya beralun indah, marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut.  Itulah Melayu – dahulu.  Namun, semua ini hanya tinggal kenangan. 

Alasan yang diberi apabila perkara ini dibangkitkan ialah ‘survival’ di era yang serba pantas dan canggih menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi.  

Hujah ini tentulah tidak benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju.   Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahankan kesopanan dan kesusilaan penduduknya?

Apa yang lebih memalukan bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh.  Islam telah mengeluarkan manusia dari kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan.  Namun, semua ini langsung tidak terserlah dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.  

Masalah adab sopan mungkin tidak wajar dikaitkan dengan politik.  Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam mewarnai sikap rakyat. 

Tiada siapa dapat menafikan bahawa kepimpinan negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang terpuji.  Lahir dari keluarga yang terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan.  Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam tutur kata dan gerak gerinya.  Begitu juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang terdahulu.    Kesemua mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai keperibadian terpuji.   Ini dapat dilihat dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.  

Pendek kata, peribadi sopan santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat banggakan, adalah diteladani dari pemimpin kita.   Dan sikap biadab rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya. 

Justeru, kita wajar mencari di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia. 

Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban.    Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.  Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat.  

Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.  

DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.  

Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula.   Pihak berkuasa diperlekeh.  Kepimpinan negara diperleceh.  Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali. 

Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam.   Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama. 

Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO.   Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi? 

Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.   

Akhirnya, biadab pun menjadi budaya.  Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang. 

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.  

Sekiranya Malaysia ingin menebus malu berkaitan kajiselidik Readers’ Digest yang menampilkan kita sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.
read more...

WAJIB TONTON : Teater Muzikal Anak Bangsa Imbas Sejarah UiTM

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pendidikan, Tan Sri Arshad Ayub membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi untuk memajukan anak-anak Bumiputera, institusi pengajian tinggi itu bakal menganjurkan teater Muzikal Destini Anak Bangsa - Tan Sri Arshad Ayub di sini mulai 25 Januari ini.

Pementasan selama empat hari di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam itu antara lain bakal memaparkan kisah suka duka kehidupan Arshad yang merupakan pengarah pertama Institusi Teknologi Mara dari 1967 hingga 1975.




 
 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Publisiti pementasan, Datin Noraini Ahmad Shariff, teater muzikal selama dua jam itu bakal dijayakan oleh beberapa pelakon terkemuka bersama dengan 70 pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Fakulti Muzik UiTM.

Watak Arshad, 84, (kini Pro-Canselor UiTM) ketika muda akan dilakonkan oleh aktor, Tony Eusoff, manakala aktres, Intan Ladyana pula akan membawakan watak isteri beliau, Puan Sri Zaleha Mohd. Arshad.

Turut sama menjayakan teater muzikal ini ialah pelakon, Isma Daniel yang memegang watak Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ir. Dr. Sahul Hamid Abu Bakar dan Azizah Mahzan yang bakal menghidupkan watak ibu Arshad, Kalsom.

Antara perjalanan hidup Arshad yang dimuatkan dalam teater tersebut ialah kehidupannya sebagai pelajar miskin di Muar, detik ibu beliau meninggal dunia sebelum beliau menerima gaji dari pekerjaan pertamanya serta perkenalannya dengan Zaleha.

Tiket-tiket pementasan yang berharga RM15, RM25, RM50, RM80 dan RM100 boleh dibeli di UiTM dengan menghubungi talian 03-79622186, 03-55227461 atau 03-55444860.

Hasil kutipan pementasan teater itu akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu para pelajar universiti berkenaan yang kurang berkemampuan menyambung pengajian di luar negara. 
 
 
Untuk melihat video di balik tabir teater Muzikal Destini Anak Bangsa - Tan Sri Arshad Ayub, KLIK SINI
read more...

PR Semai Anak Muda Tidak Takut Lakukan Kesalahan

Sikap biadap segelintir penyokong Pakatan Pembangkang yang sanggup memijak gambar  pemimpin negara, malah bertindak di luar jangkaan dengan mencanangkan agar bendera Jalur Gemilang ditukar,  disifatkan sebagai kejayaan  ajaran Pakatan Pembangkang dalam menyemai rasa benci terhadap pemerintah di negara ini.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, sikap dan pendekatan budaya kurang ajar yang disemai oleh Pakatan Pembangkang ini dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dan salah faham di kalangan rakyat di negara ini.





“Inilah perkara yang paling kita takuti apabila hilangnya rasa bersalah di kalangan rakyat apabila membuat kesalahan. Hari ini jelas, atas nama dan kepentingan politik mereka, segala bentuk sikap biadap dan kurang ajar dibenarkan demi untuk menjatuhkan kredibiliit dan maruah kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

“Sebagai contoh, membuka seluar di khalayak ramai dengan memperlihatkan punggung di atas gambar pemimpin, memijak dan menghina pemimpin negara merupakan satu perbuatan yang tidak beradaB. Namun jelas, tidak ada perasaan bersalah dalam diri mereka yang melakukan perkara tersebut, bahkan mereka ini bergembira dengan sikap tidak senonoh dan jijik itu serta ianya dianggap sebagai satu perjuangan rakyat.

“ Apakah ini yang Pakatan Pembangkang mahu, anak-anak muda jadi kurang ajar serta tidak hormat kepada hak-hak orang lain semata-mata atas  kepentingan politik mereka? Jika inilah nilai-nilai yang cuba disemai oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara ini, kami khuatiri provokasi seperti ini akan mencetuskan keadaan yang lebih buruk sekiranya ia tidak ditangani secara serius,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sesuatu harus dilakukan oleh pihak yang terbabit dalam menyekat usaha pihak Pakatan Pembangkang yang kini dilihat sedang rancak menyemaikan benih-benih kebencian terhadap kepimpinan kerajaan yang dipilih oleh rakyat hari ini.

“Tindakan provokasi yang tidak bertamadun serta tidak bermoral ini seolah-olah bagaikan satu usaha untuk mewujudkan situasi tegang di kalangan rakyat, yang kami yakin sekiranya tidak dibendung, ia akan menyebabkan impak yang lebih besar seperti berlakunya huru hara dan sebagainya.

“Sekiranya perkara seperti ini terus dibiarkan, maka keamanan dan keharmonian negara boleh hancur dengan sikap biadap dan kurang ajar segelintir rakyat  yang terpengaruh dengan hasutan dan dakyah Pakatan Pembangkang seperti yang dapat kita lihat hari ini.

“Hari ini, belum lagi berkuasa, mereka sudah memperlihatkan sikap seperti telunjuk menjolok mata. Cuba kita bayangkan sekiranya mereka berjaya menguasai negara, sudah tentu sikap biadap dan kurang ajar mereka akan lebih lagi dari apa yang kita dapat lihat hari ini,” tegas beliau lagi. -MediaUMNO
read more...

GAZA : PAS Sanggup Menyebelahi Israel Semata-Mata Bencikan Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin.  Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu.  Najib bukan bodoh.





Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza.  Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.

Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.

Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhabr Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Regionyang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.

Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini.  Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti.  Sudahlah tu, sumber rujukan  bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.

Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur.  Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.

Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini.  Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.

Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.

Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib.  Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.

Sumber : MyKMU.Net
read more...

- VIDEO : Pengerusi ILMU Jawab MAZA Liberal



Nampaknya krisis antara ILMU dan MAZA berterusan sehingga ke hari ini.




ILMU disalah ertikan.... Dulu kami sama-sama berjuang apatah lagi apabila masih bergelar mufti beliau sering diserang oleh PAS.
read more...

Golongan Muda Tolak Ideologi PR Pertikai Perlembagaan Negara

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak golongan muda di negara ini menolak ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikaikan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai cuba “menjahanamkan negara”, beliau berkata tindakan mempertikaikan apa yang dilakukan kerajaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang, merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

“Mereka telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara.




“Itu semua tohmahan. Sebab itu saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan negara,”

Kecenderungan pembangkang memutarbelitkan fakta seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menuntut supaya kebebasan diberikan kepada kumpulan biseksual dan transgender tidak harus dibiarkan kerana tuntutan sedemikian akan memberi masalah kepada rakyat dan negara.

Katanya hasil putar belit dalam isu PTPTN, pakatan pembangkang berjaya mempengaruhi generasi muda dan mahasiswa untuk turun berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka sedangkan pada hakikatnya mereka diperdaya.

Golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan Negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

“Dalam isu PTPTN di mana anak-anak muda diajak untuk pergi berhimpun di Dataran Merdeka. Saya ikuti perkembangannya sudah beberapa hari tetapi tidak ada orang sambut pun, malu muka mereka kerana ditipu oleh pihak pembangkang.

“Jadi, kalau mereka nak membawa budaya songsang dan putar belit ini, maka Pemuda BN harus tentang mereka habis-habisan dan jangan biarkan mereka ini meruntuhkan sistem hidup yang telah kita bina dan bangunkan di Malaysia selama ini,” katanya.

Mengenai sokongan terhadap BN di Wilayah Persekutuan, Muhyiddin berkata tahap sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap BN telah meningkat berbanding pada pilihan raya umum tahun 2008 hasil transformasi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan, sebagai pintu dan tingkap kepada negara, berada dalam situasi yang agak istimewa berbanding negeri lain dan berdasarkan semangat yang ditunjukkan Pemuda dan jentera parti, beliau yakin BN akan kembali menguasai kerusi di wilayah itu.

“Kalau sekarang ini saya lihat semangatnya memang berkobar-kobar, jadi tak payah kita tanya bila pilihan raya, hari ini pun boleh, besok boleh, sebulan dan setahun lagi pun boleh… yang penting semangat yang ada harus dipertahankan sehingga sampai masa yang difikirkan sesuai untuk pilihan raya diadakan,” 
read more...

PR Takut Umum Kabinet Bayangan Seperti Sebelum Ini Tapi Dah Kantoi

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Janji pakatan pembangkang untuk menamakan anggota dalam ‘kabinet bayangan’ sekiranya dapat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak pernah ditunaikan biarpun ia disebut-sebut sejak PRU yang lalu lagi.

Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat bahawa kabinet bayangan ini adalah antara gula-gula politik pakatan pembangkang dalam usaha mencari pengaruh dan menarik perhatian rakyat kepada mereka.

“Inilah pembohongan pembangkang yang hanya boleh bercakap tetapi tak mampu untuk melaksanakannya apabila diminta, malah sehingga ke hari ini yang ada hanya nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun apabila ada desakan dari anggota DAP dan Pas maka tiada kata putus dibuat,” katanya kepada UMNO-Online.




Soal beliau, bagaimana mungkin kabinet bayangan mampu diperlihatkan kepada rakyat sedangkan isu dalaman melibatkan pembahagian kerusi menjelang PRU pun masih belum lunas.

“Kalaulah mereka meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, maka jawatan timbalan nak beri pada siapa? Katakanlah nak letakkan jawatan timbalan untuk dua orang maka tentunya untuk DAP dan Pas tapi tak mungkin Lim Kit Siang hanya mahu menjadi timbalan perdana menteri saja sedangkan apa yang diinginkannya hanya boleh dibuat jika dia sendiri berkuasa.

“Benarkah mereka mampu berkerajaan bersama sedangkan baru saja diberi kepercayaan mentadbir empat negeri macam-macam masalah yang timbul. Sudahlah perkara-perkara berbangkit berkaitan rakyat gagal ditangani,” katanya.

Tegasnya lagi, pakatan pembangkang gagal menunjukkan kabinet bayangan kerana masing-masing mempunyai agenda dan impian tersendiri untuk parti-parti sendiri dan bukannya seperti BN yang menjurus kepada semangat 1Malaysia.

“Tak usahlah Pas, PKR dan DAP  nak teruskan lakonan kononnya mereka sepakat dalam pakatan pembangkang sedangkan apa yang tergambar sekarang amat berlainan, dan rakyat tidak pernah lupa apa yang telah dijanjikan,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat keseluruhan agar tidak terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang yang sanggup menyatakan macam-macam janji sedangkan ia hanyalah bayang-bayang bagi mengaburi mata pengundi. – MediaUMNO
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top