
Anak muda warga Malaysia berumur antara 13 hingga 25 tahun dipelawa menyertai Pertandingan Rekaan Proton 2014 yang bertemakan Kereta Bandar Proton 2020, bermula hari ini hingga 4 Ogos.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional itu yakin ramai anak muda tempatan yang sangat berbakat, justeru syarikat menyediakan wadah kepada mereka untuk menyerlahkan kebolehan dalam rekaan kereta.








