Nuffnang

AMEKKAU!!! Penguatkuasa Yang Macam Harram!!!

GEORGE TOWN: Dua lagi individu ditahan, termasuk penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana disyaki menuntut wang perlindungan kononnya bagi melindungi operasi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang.



Kes terbaharu itu menjadikan semuanya lapan orang ditahan suruhanjaya itu setakat ini, sejak memulakan operasi pada Rabu.

Sebelum ini, enam penguatkuasa ditahan termasuk seorang pesara pasukan yang berusia 58 tahun.

Sumber memberitahu mStar Online, pembantu penguatkuasa KDN itu yang menjalankan tugas berkaitan penerbitan produk juga disyaki menyalahguna kuasanya untuk kepentingan peribadi.

Katanya, seorang lagi yang ditahan adalah pengusaha premis VCD dan DVD yang didapati cuba menyogok pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan secara tidak sah.

"Seperti enam penguatkuasa yang ditahan sebelum ini, kedua-duanya terbabit sama ada menuntut wang atau menyogok wang untuk melindungi kegiatan haram itu," katanya ketika dihubungi.

Sumber itu berkata, kedua-duanya ditahan dalam operasi pada Khamis di lokasi berlainan di negeri berkenaan.

"Setakat ini, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan keterangan mereka akan direkodkan di ibu pejabat SPRM negeri," katanya.

Penahanan yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahan mStar Online mengenai kegiatan anggota penguatkuasa yang menuntut wang perlindungan antara RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di negeri itu.

Berdasarkan jumlah itu, ada pengusaha perniagaan haram itu yang membayar antara RM1,500 hingga RM6,000 sebulan kepada pihak terbabit yang mula menjalankan kegiatan itu sejak lebih dua tahun lalu.

Malahan, ada pengusaha terbabit yang menanggung rugi sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada sekurang-kurangnya 20 orang setiap bulan.

SPRM menjalankan risikan sejak tiga bulan lalu susulan maklumat orang ramai termasuk pengusaha perniagaan terbabit yang serik apabila terpaksa menanggung kerugian setiap bulan. 

read more...

VIDEO : Aksi TERLAMPAU Dyana Sofia Berjaya Dirakam!!!




Kantoiiiii..... Hah!!! Tak terkeluar suara dibuatnya. Tergagap-gagap!! Walau pun keadaan agak samar-samar, namun lensa kamera berjaya merakamkannya untuk dikongsi buat tatapan seluruh rakyat Malaysia.



Saksikan video ini.....


read more...

PLUS : Sesuatu Yang Rakyat PERLU TAHU!!!





Sebagai pengguna dan juga rakyat, anda perlu BACA Pendedahan di sebalik CUBAAN mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ini. Satu konsesi yang menjana pendapatan dan pembangunan buat negara.

Suka ditekankan di sini, bukanlah kepentingan PLUS dalam pembangunan negara yang hendak diutarakan. Sebaliknya untuk mengetengahkan tindakan pihak Idaman Saga yang cuba memperbodohkan kerajaan di atas tindakan mereka yang kononnya cuba memberikan "political milleage" kepada kerajaan dengan inisiatif "MENGEKALKAN KADAR TOL SELAMANYA" sekiranya mereka diberikan pemilikan ke atas PLUS.

Sekali pandang, memang nampak "menarik" cadangan tersebut memandangkan perjanjian kerajaan membenarkan kadar tol disemak beberapa kali. Dan kenaikan ini lazimnya akan membawa kepada kemarahan rakyat yang mana kebergantungan mereka kepada lebuhraya terpanjang ini tidak dapat dielakkan.

Namun, cuba baca, fikir dan analisis beberapa point di bawah ini sebelum sebarang kesimpulan dibuat:

  • Persoalan utama yang timbul adalah kenapa konsesi lebuhraya seperti Litrak - LDP tidak disambar oleh syarikat-syarikat gergasi memandangkan ianya juga mampu menyumbang kepada keuntungan besar sekiranya dilihat dari jumlah kenderaan yang menggunakannya melebihi 700K?
  • Kadar pertumbuhan operasi juga dianggarkan meningkat dua kali ganda selepas 10 tahun beroperasi.
  • Perbelanjaan mengurus operasi LDP dan LITRAK masih terkawal pada kadar terendah.
  • Kumpulan telah mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM33.15 juta bagi suku tahun pertama 2014. Pendapatan RM93.94 juta melonjak 1.3% berbanding angka tahun lepas (RM92.72 juta) dipengaruhi faktor pertambahan jumlah kenderaan pada suku tahun semasa.
  • Rombakan kadar tol baru dijangka akan dilaksanakan pada 2015 bakal mempertingkatkan pendapatan yang sedia ada.



Persoalan mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.

Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima - SUMBER
read more...

VIDEO : Ucapan Ramkarpal Yang Amat Ditunggu-Tunggu PAS!!




Apa rasanya respon daripada PAS? Apakah mereka mempunyai keberanian untuk menyergah anak mendiang Karpal Singh ini atau seperti yang dijangka, PAS hanya mendiamkan diri dan menyalahkan BN kerana memutarbelitkan berita. 

Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh Deo hari ini menafikan poster yang menyokong pelaksanaan hukum hudud yang kini tersebar di laman Facebook adalah milik partinya.

Dalam perkembangan yang lain, Ramkarpal pula dijangka menafikan bahawa kenderaan yang beliau gunakan untuk berkempen telah tamat tempoh cukai jalannya. Hahaha... Peguam pun langgar undang-undang!!! Pasti UMNO dan BN yang dipersalahkan... 








  
read more...

PERHATIAN!!! Pesalah Trafik Diburu Mulai Jun!!!



Pasti ramai yang tidak senang apabila membaca tajuk ini. Tetapi itulah yang akan dilakukan oleh Jabatan Trafik PDRM. Perkembangan terbaru, Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ’Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.
Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.
"Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan. - Bernama
Kini, untuk menyemak saman trafik tertunggak PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) teramatlah mudah sekarang. Anda boleh membuat semakan secara online ataupun menerusi SMS.


I) Semak saman secara online

Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma:
1. MyEG Services
Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:
  1. Layari www.myeg.com.my.
  2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaananda.
MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.
2. Rilek e-Services
Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.
  1. Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar (sekiranya belum daftar).
  2. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  3. Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
  4. Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.
3. JPJ
Laman ini boleh digunakan untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.
  1. Layari laman Semakan Saman JPJ.
  2. Di bawah tajuk "Semakan Saman", klik menu dropdown untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN. 
    (contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567) 
  3. Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
  4. Akhir sekali klik butang "Semak". Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk "Hasil Carian".
saman trafik


II) Semak saman melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Berikut adalah cara menyemak saman melalui SMS:
► Untuk semak saman PDRM
  • Taipkan
    POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke32728 atau 15888.
    Contoh:
    POLIS SAMAN 841220122332 atau 
    POLIS SAMAN WEP1234
  • Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
    POLIS SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan] [email]
    dan hantarkan ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.
    Contoh:
    POLIS SAMAN 740523015555pemandusopan@gmail.com
► Untuk semak saman JPJ
  • Taipkan
    JPJ SAMAN [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]
    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke15888.
    Contoh:
    JPJ SAMAN 841220122332 atau 
    JPJ SAMAN WEP1234
Semoga perkongsian di atas dapat membantu para pembaca menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, dan mengelak dari dimasukkan ke dalamsenarai hitam JPJ atau PDRM.
read more...

DYANA SOFYA : Anak Melayu Tunggangan DAP, Menongkah Perjuangan Ibu Sendiri!!





Melayu Graduan UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang


Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.

Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.




Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu ipta seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja" 

Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini".



Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang melayu. 


BACA LAGI....












Ini pula "black Ops" DAP sendiri untuk mempopularkan calon tunggangan mereka dengan meletakkan imej seksi konon-kononnya Dyana difitnah!!




Tapi sebenarnya, wanita seksi ini merupakan pelakon dari Filipina.

read more...

VIDEO DAN GAMBAR : Pemandu Nekad Kejar Dan Langgar Peragut!!!




Satu kejadian ragut berlaku pada petang semalam di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.

Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.










read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top