Nuffnang

SERTAILAH POLIS!!! Gesa MCA Kepada Belia Cina



MCA menggesa belia Cina memanfaatkan peluang untuk menyertai pasukan polis susulan syarat baru dikenakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan jumlah anggota polis daripada kaum Cina.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Wilayah Persekutuan Lau Chin Kok berkata menyertai polis boleh dianggap sebagai kerja 'terjamin' dan belia Cina akan dapat menikmati pencen selepas bersara.

Pasukan polis sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah anggota polis Cina sebanyak tiga kali ganda daripada jumlah sekarang, atau 5,000 pegawai, untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Ia merupakan situasi yang tidak sihat untuk hanya mempunyai 1.78 peratus kaum Cina dalam pasukan polis, yang lebih rendah daripada jumlah pegawai India (3.6 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bermula 3 Mac, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melonggarkan kriteria pengambilan bagi kaum Cina.

Pemohon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus Bahasa Malaysia (BM) dan dua kepujian dan empat lulus dalam subjek lain kini boleh memohon kerja dengan PDRM, bagi mereka yang gagal kertas BM, boleh menduduki semula peperiksaan dalam tiga tahun.

Pengambilan akan tamat 30 April dan mereka yang mempunyai kelayakan itu boleh memohon menerusi Internet, atau mana-mana balai polis.

"Pada masa lepas, ramai ibu bapa Cina membantah anak mereka bekerja sebagai pegawai polis kerana kerja itu berisiko dan imej negatif terhadap pasukan itu seperti rasuah dan salah guna kuasa," kata Lau.

Bagaimanapun, dengan banyak pegawai polis Cina yang menyatakan ia adalah kerja yang mempunyai prospek baik, saya menggesa ibu bapa supaya mengubah persepsi mereka dan menggalakkan anak mereka untuk menyertai PDRM, katanya.

Lau juga berkata Pemuda MCA akan mengadakan taklimat mengenai pengambilan itu pada Sabtu (12 April) pada 2.30 petang di Wisma MCA di sini. Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil SPM untuk berinteraksi dengan pegawai pengambilan dan mengemukakan permohonan mereka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi sekretariat Pemuda MCA di talian 03-22033865/3866. Borang permohonan boleh dimuat turun di www.rmp.gov.my dan
mana-mana balai polis.

- Bernama
read more...

#MH370 : Luahan Hati Suami Penumpang - Siapa Yang Bertanggungjawab!!




Terdapat kekaburan dari segi tanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian. Secara am, pihak mana yang seharusnya rasa bertanggungjawab terhadap keseluruhan kejadian?

Secara spesifik, siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut?

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang dan pesawat?
2. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan industri penerbangan negara?
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan ruang udara negara?

Setakat ini kita dapat melihat tiada pihak yang bersungguh-sungguh menyatakan rasa tanggunjawab terhadap mana-mana perkara.

Yang ada hanyalah penafian.

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka tidak bertanggunjawab terhadap keselamatan pesawat awam yang terbang dalam ruang udara negara.

2. Tiada pihak rasa bertanggungjawab mengapa tiada kerjasama antara Pusat Kawalan Udara (ATC) penerbangan awam and ATM untuk mengesahkan status pesawat yang berpatah balik.

3. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila Panglima Angkatan Tentera menyatakan mereka menyedari pesawat dikesan radar melalui ulang tayang rakaman radar, hanya setelah empat hari kejadian berlaku.

4. Tiada pihak rasa bertanggungjawab apabila dua penumpang menggunakan pasport palsu berjaya membolosi imigresen.

Menerusi sidang media yang kerap dikendalikan pada awal kejadian, rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas bahawa semangat yang ditunjukkan lebih kepada penafian tanggungjawab dan liabiliti, bukanlah perkongian maklumat ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Kerap kali kita dengar bahawa maklumat yang diminta adalah 'rahsia keselamatan negara' atau 'tidak boleh didedahkan kerana masih dalam siasatan dan boleh menjejaskan pendakwaan'.

Kebenaran yang hakiki

Di sebalik persoalan di manakah penumpang dan krew pesawat, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran yang mutlak terhadap perincian kepada apa yang telah terjadi. Walau berapa lama dan walau berapa kos, kita harus mendapatkan jawapan tersebut.

Tanpa jawapan tersebut, tiada jaminan peristiwa ini tidak akan berulang di masa depan. Jika harga 239 nyawa dan keluarga mereka tidak cukup, apakah jumlah nyawa yang cukup untuk kita mendapatkan jawapan tersebut?

Adakah setelah berulang sekali atau dua kali lagi peristiwa yang sama?

Atas harga 239 nyawa dan kesan terhadap keluarga yang terlibat, apakah pengajaran yang dapat kita ambil?

Saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu 239 ini terkorban sia-sia tanpa sebarang pengajaran. Kita mahu kepastian bahawa peristiwa ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain.

1. Apakah pembaharuan yang perlu dari segi keselamatan pesawat dan penumpang?
2. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan industri penerbangan negara?
3. Apakah pembaharuan dari segi keselamatan ruang udara negara untuk penerbangan awam? Apakah aset ketenteraan tidak dapat digunakan untuk menjamin keselamatan awam?
4. Apakah pembaharuan kepada pelan bertindak sekiranya peristiwa yang sama berulang?

Keperluan keluarga mangsa

Seringkali kenyataan yang rakyat Malaysia dengar adalah MAS akan menjaga kebajikan keluarga mangsa. Namun kebajikan yang MAS berikan adalah berbentuk memujuk dan menenangkan keluarga. Hakikatnya keluarga hanya inginkan dua perkara pada peringkat ini:

1. Keselamatan penumpang dan krew
2. Mengetahui kebenaran mutlak terhadap apa yang telah terjadi serta segala perinciannya.

_____________________


Azrai Izet ialah suami kepada Fadzilah Abd. Rahim, penumpang penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang sejak 8 Mac lalu.

read more...

HARAM ZADEI!!! YDP Agong Dipermainkan Sampai Begini!!!

Lahanat!!! Tiada Apa lagi yang gua boleh cakap lagi dengan tindakan ini... INI SEMUA SEBAB KITA LEMBIK!!! Diplomasi dan konon2 nya DEMOKRASI!!!

read more...

BETUL KE BOHONG? Pendedahan Pramugari Air Asia Mengenai KLIA!!!




Mula-mula kita melihat Air Asia ini sebagai suatu KEBANGGAAN kepada rakyat khususnya negara di atas "kejayaan' demi "kejayaan" yang dicapai oleh syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia ini. 

Namun saban hari kini kita "disajikan" di media dengan pelbagai "karenah" dan tindakan Air Asia yang memalukan dan keterlaluan. Dan lebih menyedihkan cuba "mengarahkan" kerajaan untuk tunduk kepada tuntutan mereka berkenaan operasi di KLIA2.

Februari lalu, seorang pramugari bagi penerbangan Air Asia, Malissa Mansor telah membuat kenyataan tebuka di laman Facebook mengenai punca sebenar mengapa penerbangan Air Asia dan MAS sering tergendala.

Pendedahan itu dibuat kerana pihak penerbangan sering dikecam dan dikritik orang ramai hanya kerana masalah penangguhan penerbangan yang sering berlaku di KLIA.




- SUMBER

Entah betul atau tidak, tapi macam tak logik akal je kenyataan dari Malissa Mansor ni. 

read more...

TIDAK SENSITIF ATAU PROKSI!!! Bendera Israel DiNaikkan Di Sabah!!




Penulis tidak dapat menerima apa jua alasan sebenarnya berhubung isu ini. Sudah satu Malaysia tahu bahawa kerajaan Malaysia sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan diplimatik dengan kerajaan Israel. Apatah lagi oleh pengusaha pelancongan yang semestinya amat maklum perihal ini.

Adakah pengusaha resort ini sendiri bukan warganegara? Seharusnya tindakan seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan salah satu tindakan berbentuk subversif. Kepada pihak berkuasa, jangan dilihat perkara ini sebagai kesalahan kecil dan terlepas begitu sahaja. Itu pun mujurlah ada warganegara kita yang peka dan prihatin dengan "kehadiran" bendera Israel tersebut.

Perlu disemak siapa di belakang RESORT ini!!! Kerana "kehadiran" bendera itu sendiri merupakan misteri yang perlu dirungkai, apatah lagi menaikkannya sebaris dengan bendera-bendera lain.


Kenyataan Rasmi

8/4/2014

Kenyataan AQSA SYARIF Berhubung Isu Pengibaran Bendera Israel di Tuaran, Sabah


AQSA SYARIF peka dengan isu bendera Israel yang dikibarkan di Hotel Raintree Beach Resort di Tuaran, Sabah sepertimana yang digembar-gemburkan menerusi portal berita dan laman sosial. 

AQSA SYARIF telah mendapatkan maklum-balas daripada pihak pengurusan Raintree Beach Resort berhubung dengan perkara ini. AQSA SYARIF mendapati bahawa isu ini berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan resort yang kurang peka dengan sensitiviti masyarakat terhadap konflik Palestin-Israel. Pihak pengurusan resort telah mengakui kesilapan mereka membiarkan bendera Israel ini berkibar di luar pengetahuan mereka sejak Januari 2014 sebelum disedari oleh orang awam semalam (7 April 2014).

AQSA SYARIF menghargai tindakan segera pihak resort menurunkan bendera Israel tersebut sejurus selepas isu ini dibangkitkan. Namun, kami berharap pihak resort akan lebih peka dan sensitif dengan isu seperti ini di masa-masa akan datang.

AQSA SYARIF menyeru seluruh warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin agar hal seperti ini tidak berulang lagi.

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi AQSA SYARIF BERHAD
read more...

HOT!!! Perempuan Simpanan MB Tagih Janji!!!



Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.

Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.

Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. (BACA DI SINI)

Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?

Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.

Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.

Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.

Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!


read more...

MELAMPAU!!! Kali Ini RBA Mahu Letupkan @Najibrazak 1 Family!!!




Melampau dan seolah-olah memang sengaja dibuat untuk mencabar pihak berkuasa!

Selepas Syed Saifullah yang menpersendakan Datin Seri Rosmah, hari ini pula timbul pula orang yang menggunakan Ardinal Fahrian Martadinata yang mengeluar post di facebook yang berbau ugutan terhadap Datuk Seri Najib Razak sekeluarga. Turut diugut adalah UMNO. 

Ugutan dalam bentuk serang dan mengebom Najib Razak sekeluarga sehingga berkecai adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh Polis DiRaja Malaysia. Tindakan segera perlu dijalankan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di Malaysia.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top