Nuffnang

SEBARKAN!!! Body Shop Perlu DIBOIKOT!!!



PETALING JAYA: Pengerusi Biro Antarabangsa Institiut Kerjasama Islam Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar meminta umat Islam memboikot barangan The Body Shop.

Menurut beliau, mereka perlu memboikot barangan The Body Shop kerana syarikat itu melantik tokoh-tokoh yang menyokong Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual (LGBT) sebagai wakil produk mereka.

Di antara tokoh-tokoh yang dilantik wakil produk mereka ialah Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk S Ambiga.

“Nampaknya umat Islam kena bertegas seolah-olah tidak ada orang lain yang layak menjadi wakil produk mereka?” kata beliau lagi.

Beliau kesal kerana pemilik The Body Shop adalah anak bekas Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah.

“Ini bermakna pemiliknya juga menyokong LGBT,” katanya lagi.

Beliau berharap umat Islam terutamanya wanita dapat memboikot barangan The Body Shop kerana Islam sama sekali melarang umatnya terlibat dalam LGBT.

Sehubungan dengan itu beliau berharap pemboikotan itu akan menemui hasil kejayaan.

“Jika kita membeli barangan The Body Shop, ini bermakna wang yang kita beri kepada The Body Shop itu menyokong perjuangan LGBT,” dakwanya lagi.

read more...

BR1M : KJ Nafi Dakwaan Tun M @KhairyKJ @Chedet



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membebankan kewangan kerajaan.

“BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan pengurangan polisi subsidi pukal.

“Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat.

“BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies (subsidi menyeluruh).

"Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain,” katanya.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya menyatakan, pemberian BR1M hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat?” katanya.
read more...

AMEK KAU!! Gadis Tergolek Ditinggal Kekasih Selepas Cubaan RagutGagal!!!

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditinggalkan kekasihnya selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba meragut pembantu Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Jalan Sri Gombak, di sini, semalam. 

Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, remaja terbabit yang membonceng motosikal ditunggang kekasihnya, cuba meragut beg tangan wanita berusia 51 tahun yang baharu keluar bank.



Gambar Hiasan


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata wanita berkenaan sempat menarik beg tangannya yang menyebabkan remaja perempuan itu terjatuh dari motosikal. 

Remaja itu cuba melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan anak wanita berkenaan sebaik menyedari kejadian itu. 

Kekasih suspek yang menunggang motosikal, membuat pusingan dan cuba melanggar wanita itu tetapi dia sempat mengelak sebelum orang ramai membantu. 

Lelaki itu terus memecut motosikal dengan meninggalkan teman wanitanya, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Abd Rahim berkata, remaja itu yang tidak bersekolah, dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

read more...

PANAS!!! Azmin "DIFITNAH" Akhbar Suara Keadilan, Bakal Saman Kolumnis!!



Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan.

"Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya.

Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.

Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas.

Artikel yang menjadi bahan perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut.

Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu.

Hishamuddin dalam ruangan tetapnya menulis analisis tentang kemelut antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hishamuddin mendakwa Azmin 'mewarisi DNA Umno' dan ia tidak menyenangkan PAS dan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Hishamuddin dalam tulisannya juga mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Abdul Khalid dan beberapa pemimpin lain juga mempunyai 'DNA Umno'.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Abdul, Rahim Ghouse – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin.

read more...

VIDEO : GEMPAR!! Hujan Batu Di Semenyih!!




Kejadian ini khabarnya berlaku di Semenyih, Kajang pada 2 Mac yang lalu. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Disini dikongsi video yang telah diupload di youtube oleh David Yap.




Apakah petanda di sebalik musim kemarau yang melanda sehingga menimbulkan krisis air ketika ini?
Sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mengetahui...
read more...

CINA "DIISTIMEWAKAN?" PDRM : Antara Kouta VS Keselamatan

Memilih kerjaya sebagai anggota polis bukanlah satu kerjaya yang 'so-so' dan dipandang lekeh pada waktu ini memandangkan gaji sorang anggota polis berpangkat rendah saja boleh mencecah sehingga RM3,000 sebulan termasuk elaun.

Banyak pihak tidak bersetuju dengan tindakan PDRM melonggarkan syarat khas bagi kaum cina untuk menjadi anggota Polis dengan alasan 'murahan' untuk menarik minat mereka. Apabila kelonggaran ini diberikan kepada kaum tertentu, ia dilihat sebagai tindakan yang tidak adil dan boleh merendahkan martabat dan kerjaya unit beruniform itu sendiri.

Sekiranya gaji anggota Polis dinaikkan atau kelayakkan untuk menyertai badan beruniform itu diturunkan serendah-rendahnya kerana mahu menggalakan penyertaan kaum ini, pastinya kaum Cina melalui anak mudanya tetap tidak berminat menjadi anggota Polis atas sebab-sebab tertentu.

Menjadi sebahagian dari pasukan keselamatan negara seperti polis dan tentera bukan hanya boleh didorong dengan tangga gaji yang tinggi atau kelayakkan paling minima, tetapi ia perlu datang dengan semangat dan minat yang mendalam serta kerelaan hati untuk menjaga keamanan negara dan ini termasuk sanggup mengadai nyawa diri sendiri demi keselamatan orang lain.

Kerana itu kita dapat lihat dalam lakonan drama tv atau pun kehidupan sebenar terdapat 'polis baik' dan 'polis jahat'. Akibat inilah yang akan ditanggung masyarakat sekiranya orang tidak berkelayakkan dipilih dan diberi tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.



Galak Penyertaan Kaum Cina: PDRM Longgar Syarat


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.

“Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.

Beliau berkata bilangan kaum Cina berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM.

Mohd Bakri berkata pihaknya juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menarik penyertaan kaum Cina, yang akan menjalankan program penerangan mengenai kerjaya dalam PDRM kepada kaum itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Bukit Aman ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata sesi pertama pengambilan konstabel baharu tahun ini akan dibuka mulai Isnin ini.

Katanya, kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

“Syarat kemasukan sebelum ini buat kaum Cina iaitu perlu kepujian Bahasa Malaysia…jadi kita mempertimbangkan keadaan (kelonggaran) ini khas untuk kaum Cina,” katanya dalam sesi wawancara Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel bagi Mengalakkan Penyertaan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM Tahun 2014, di sini.

Menurut Saiful, kelonggaran itu harus dibuat kerana nisbah keanggotaan PDRM ketika ini tidak seimbang antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Berdasarkan statistik sehingga 31 Disember tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum,” katanya.

Beliau berkata kekurangan kaum Cina dalam PDRM didorong beberapa sebab antaranya gaji dianggap masih rendah dan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menyertai PDRM.

“Diikutkan kajian, ramai daripada mereka tidak tahu gaji konstabel kini boleh mencecah RM3,000 sebulan termasuk semua elaun,” katanya.

Bagi pengambilan bermula Isnin ini, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi dihantar ke balai-balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman. - BERNAMA

read more...

PULAK DAH!!! Anwar Buat U-Turn Isu Air!!

Apa punya orang daa.... Kalau tidak menentang, kenapa sampai tunggu 4 tahun untuk "BERSETUJU" dan baru nak tandatangani MOU?

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau tidak menentang perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi air tetapi perlu menyemak secara terperinci perjanjian itu.




Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat.

"Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

"Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. 

Apa yang sedih, rakyat Malaysia khususnya di Selangor masih "TIDAK SEDAR" atau "BELUM TERJAGA" dengan mainan politik PR ini. Pada pandangan penulis, mereka mengundi dan menyokong PR bukan kerana mereka yakin dengan pentadbiran dan kewibawaan pemimpin PR, tetapi "MELUAT" dan "MENYAMPAH" dengan pemimpin BN yang hanya nampak muka semasa dekat dengan pilihanraya. SEDIH....



read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top