Nuffnang

VIDEO : UAI VS TUN M - Kalimah Allah


Dengar betul-betul. Faham Baik-Baik..




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah: 

  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
read more...

KEMPUNAN!!! DUA PERAGUT DICEKUP PPM




Kota Kinabalu, 10 Jan- Dua lelaki kempunan nikmati hasil ragut selepas dicekup anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 4 (PPM) dalam Operasi Landai di Jesselton Point, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad bin Madun berkata kedua-dua lelaki itu ditemui sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Jalan Bunga Raya dan dipercayai baru melakukan ragut ke atas seorang perempuan di mana semasa ditahan turut ditemui beg tangan milik orang lain.

"Polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan jenayah,"katanya lagi.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing dan disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu ragut.
read more...

BATU CAVES : Pesawat Hilang Dipercayai Terhempas!!!





KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat jenis Cessna dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves, di sini lewat petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 5.15 petang, kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Selangor Kardi Mohsin kepada Bernama di sini malam ini.

Bagaimanapun menurut Kardi, pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai kejadian itu pada 11.15 malam tadi.

Kami telah menghantar sepasukan anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah malam ini kami tidak menemui apa-apa,katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyambung operasi mengesan pesawat terbabit pada esok pagi.

Sementara itu DCA tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - Bernama
read more...

PANJANG UMUR : Pemandu Lotus Terselamat Nahas Jalan Raya!!!




MUAR - Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.

Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.




Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.




Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.
read more...

KPN : Usaha Ceroboh Sabah Dipatahkan!!!



Kuala Lumpur, 10 Jan - Pasukan keselamatan negara mematahkan cubaan pihak asing menceroboh masuk perairan Sabah dua minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata ini hasil tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

"Walaupun kita tahu ada percubaan (menceroboh masuk) yang dilakukan pihak musuh dua minggu lepas, tapi Alhamdulillah kita berjaya mematahkannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Perairan Sabah sebelum ini menyaksikan peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari tahun lepas yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan, iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera. 

"Insiden di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah turut menjadi iktibar kepada pasukan keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)," katanya. 

Khalid merujuk insiden yang berlaku 15 Nov lepas, yang mana seorang pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan di sebuah pusat peranginan di pulau itu. 

Rakan wanitanya yang berusia 58 tahun pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata sebelum diselamatkan pada 20 Dis lepas oleh pihak keselamatan Filipina. 

Dalam pada itu, Khalid berkata Operasi Gasak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), dengan penyertaan pasukan Operasi Cantas Khas PDRM, akan dipertingkat bagi menghadapi ancaman pencerobohan. 

Beliau berkata segala pemantauan dan kawalan keselamatan di Sabah akan terus dilapor kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memudahkan pelan tindakan dirangka bagi menangani kes tertentu. 

- BERNAMA
read more...

Wayang Dan Kemelut Politik PR Di Sabah

KUALA LUMPUR 10 Jan – Tindakan beberapa wakil rakyat yang meninggalkan parti masing- masing selepas pilihan raya umum ke 13 adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan pakatan pembangkang dalam hala tuju mereka untuk membantu rakyat Sabah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Datuk Awang Kadim Tang menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan tiadanya keyakinan wakil rakyat terbabit terhadap kepimpinan mereka untuk membela nasib rakyat.




“Seperti yang dinyatakan wakil rakyat terbabit, tindakan mereka itu adalah untuk memastikan rakyat terus mendapat pembelaan, bukan hanya dibuai dengan pelbagai janji seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin mereka.

“Bukan setakat wakil rakyat, lebih ramai penyokong mereka yang akan menyokong Barisan Nasional, suasana politik di Sabah adalah berbeza dengan suasana politik di Semenanjung.

“Disebabkan ramai penyokong pembangkang di sini tidak menyertai mana-mana parti, sudah pasti jumlah mereka yang beralih sokongan tidak diketahui tetapi yang pasti mereka kini sudah menyokong Barisan Nasional,” katanya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini politik di Sabah berikutan terdapatnya laporan yang menyatakan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat dan pemimpin parti tempatan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat.

Awang Kadim berkata, antara punca menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati di adalah berpunca daripada sikap pemimpin pusat pembangkang yang hanya mempergunakan rakyat Sabah untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum yang lalu.

"Sebelum pilihan raya lalu, ramai pemimpin mereka datang ke Sabah menabur pelbagai janji untuk dapat sokongan, tapi kini selepas pilihan raya, Sabah bagai sudah dilupakan oleh mereka apabila apa yang dihatap tidak menjadi,” katanya.

Menurutnya, bukanlah suatu yang mengejut jika lebih ramai pemimpin serta penyokong pembangkang yang akan meninggalkan parti masing- masing kerana menyedari telah dipergunakan dan yakin hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membawa perubahan untuk rakyat Sabah. - SUMBER
read more...

TERKINI : Gambar-Gambar Banjir Di Sungai Lembing, Kuantan Ketika Ini (10-01-2014)

Keadaan terkini sekitar Sg Lembing, Kuantan selepas hujan turun sejak semalam..







Sms alert P084 Paya Besar.

Tarikh:10.1.2014. 

Hujan lebat sekitar Kuantan semenjak malam semalam. Siren amaran telah dibunyikan di Bandar Sungai Lembing dan penduduk dalam keadaan berjaga-jaga. Air sungai besar sekarang.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top