Nuffnang

SAMBUTAN THAIPUSAM - Rekod Komuter 90 Jam Tanpa Henti


KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMTB) kini berusaha mencipta rekod beroperasi 90 jam tanpa henti perkhidmatan khas komuter ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam bagi melayakkan syarikat itu memahat nama dalam Malaysia Book of Records tahun ini.
Pengurus Besar KTMB, Mohd. Hider Yusoff berkata, selama empat hari tiga malam, perkhidmatan komuter di kesemua laluan beroperasi tanpa henti bermula 25 Januari sempena perayaan itu dan seramai 200 pemandu bekerja dalam tiga jadual waktu bekerja.
"Bagi memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Malaysia Book of Records, perkhidmatan komuter dari Pelabuhan Klang, Rawang dan Sungai Gadut ke Batu Caves dan sebaliknya, harus beroperasi dengan lancar," katanya ketika ditemui di Batu Caves hari ini.
Beliau berkata, setiap perjalanan pergi dan balik direkod mulai Jumaat lepas hingga hari terakhir perkhidmatan khas itu esok, dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) amat diperlukan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan.
Mohd. Hider berkata, seramai 500,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu selama tiga hari beroperasi, dan bilangan tersebut dijangka bertambah pada hari akhir sambutan Thaipusam esok.
Sumber - BERNAMA
read more...

ATAS PAGAR - Pengundi Akan Diberi Penjelasan Berhubung Isu Semasa

Barisan Nasional (BN) akan menggunakan masa yang ada sebelum pilihan raya umum akan datang untuk menghuraikan dan menjelaskan kepada pengundi atas pagar mengenai isu-isu semasa bagi mengelakkan mereka terkeliru dengan dakyah pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kemelut politik di kalangan pakatan pembangkang dan isu-isu pembohongan dilakukan pembangkang, ramai pengundi atas pagar keliru sehingga tidak tahu hendak memihak kepada parti mana.

Beliau berkata ini biasa berlaku sama ada dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum apabila terdapat sekumpulan pengundi yang tidak mahu nyatakan pendirian atau belum buat keputusan memihak kepada parti mana.

"Ini diistilahkan dalam politik sebagai pengundi atas pagar...apabila masa mengundi mereka akan memilih A atau B atau mana-mana parti.

"Dengan situasi kemelut politik yang berlaku di kalangan pembangkang dan isu pembohongan yang dilakukan, pengundi akan keliru," katanya kepada pemberita selepas Program MyAid Kelab Umno Luar Negara Pagoh 2012 di Dewan Sekolah Panjang Sari di Muar hari ini yang turut dihadiri isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas mengenai kajian dilakukan Pusat Kajian Demokrasi Dalam Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCDEL) berkenaan isu pengundi atas pagar.

Katanya, dengan kewujudan media sosial yang memuatkan perkara negatif juga menyebabkan wujud perasaan keliru dan sehubungan itu BN akan mengatasi perkara itu dengan melakukan penjelasan.

"Ini kerana satu pihak akan kata begini, satu pihak lain akan kata begini.

"Ramai yang akan tidak faham mungkin kerana tidak cukup pengetahuan dan mudah terpengaruh sebab itu dalam tempoh berapa bulan kebelakangan ini BN akan cuba berikan penerangan dan penjelasan kepada mereka," katanya.

Muhyiddin memberikan contoh percangggahan pendapat yang ketara di kalangan pembangkang ialah dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Seorang pemimpin (pembangkang) kata sesuatu manakala pemimpin Kelantan, Kedah dan Selangor pula adakan bantahan secara terbuka. Mereka tidak menerima atau tidak bersedia untuk mengikut keputusan.

"Dalam soal berkerajaan hal ini suatu yang bahaya kerana apabila nak buat sesuatu keputusan ia akan menimbulkan krisis dan kesan pada pelaksanaan dasar dan program yang nak mereka laksanakan," katanya.

Namun, timbalan perdana menteri berkata kejadian yang berlaku itu ada hikmah tersendiri kerana jelas dapat memperlihatkan kepada rakyat walaupun pembangkang duduk di atas pentas yang sama namun berbeza pendapat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa berucap sempena sambutan Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun susulan keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lepas, Nik Aziz mengubah pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga menegaskan kalimah Allah hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut.

-Bernama
read more...

Elak "Malaysian Spring", Pertahan Kedaulatan Negara

KUDAT, 25 Jan –  Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menggesa rakyat berwaspada terhadap golongan yang cuba mencabar kredibiliti sistem kerajaan dan mempertikaikan kedaulatan undang-undang negara.

Menurutnya golongan itu berusaha melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan institusi kerajaan sedia ada termasuk sistem perundangan dan kehakiman, sistem pilihan raya dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan cuba memberi gambaran buruk keputusan kerajaan dengan mewujudkan persepsi negatif.






“Golongan ini menggunakan media alternatif yang terlalu sukar untuk diambil tindakan kerana sebahagiannya menggunakan pangkalan serangan (siber) dari luar negara, dan mereka bebas menyerang kerajaan.


“Dengan mekanisme begini mereka boleh mempengaruhi rakyat menentang kerajaan seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah yang mereka namakan ‘Arab Spring’. Rakyat harus faham dengan agenda besar iaitu matlamat menghalalkan cara ini,” katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.

Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata perangkap yang dipasang itu dikhuatiri akan berjaya sekiranya rakyat tidak peka dan tidak cuba memahami agenda besar mereka.

“Hanya perpaduan rakyat sahaja yang boleh menjadi benteng serangan ini,” katanya.

Beliau turut mengagihkan bantuan kepada 250 orang miskin dan mengumumkan pelaksanaan projek kecil kepentingan rakyat di kampung berkenaan.
read more...

GAZA - Pemecatan Nasha Membuktikan PAS Lebih Pentingkan Survival Politik Berbanding Agama


Nampaknya semakin hari semakin berkecamuk dan keliru di kalangan ulama PAS ni. Sudah lah tidak bersepakat dalam hal penggunaan Kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam, nampaknya dalam hal isu Nasha ni ada juga yang tidak bersetuju.


Nasha di pecat kerana pergi ke Gaza bersama PM!! Politik VS Agama!!!!


Hmm nampaknya PAS lebih mendahulukan politik berbanding agama. Salahkah Nasha ke Gaza bersama PM?  Kalau nak pergi bersama kepimpinan PAS ntah bila kan sampai masanya.






Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS


Majlis Syura Ulama PAS dalam mesyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.


Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.


Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.


Hahaha.... Kartun rupanya Majlis Syura PAS ni. Gua ingat Majlis Syura ni akan membincangkan serta membuat penjelasan mengenai sebarang kekeliruan rakyat tentang perihal agama. Namun, nampaknya perihal politik telah dicampur-adukkan ke dalam urusan mereka.


read more...

KDN Mansuhkan Pengharaman HINDRAF


KUALA LUMPUR, 27 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk menarik semula pengharaman Hindu Rights Action Force (HINDRAF) sebagaimana yang dikuatkuasakan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 semalam.


Salah seorang Pemimpin HINDRAF P Waythamoorthy berkata, keputusan tersebut telah disahkan pihak  Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum diluluskan pihak Kementerian berkenaan.

"Surat ini menjelaskan Menteri Dalam Negeri telah dimaklumkan berkenaan keputusan penarikan semula setelah menimbangkan semula rayuanuntuk membatalkan Perintah Seksyen 5 bertarikh 14 Oktober 2008 yang mengatakan HINDRAF sebagai kumpulan yang berbahaya," katanya dalam satu kenyataan yang telah disertakan bersama salinan surat kepada pemberita menerusi email lewat petang semalam.

Keputusan ini dijangka mendapat maklumbalas positif dari penyokong HINDRAF menjelang Sambutan perayaan Thaipusam tidak lama lagi.

Untuk rekod, HINDRAF mula diharamkan berikutan tindakan menganjurkan satu perhimpunan tanpa permit pada 25  Nov. 2007 dan disertai 30 NGO yang lain.

Ianya dianjurkan bagi menyerahkan memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II keran tidak berpuas hati dengan ketidakadilan masyarakat Hindu di Negara ini sejak penjajahan British sehingga mencapai kemerdekaan pada hari ini. Foto : Hindu World Vision


read more...

PAS Dulu Dan PAS Sekarang

Ketegasan dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama, amat memberi kesan pada ahli. Ketaksuban pada parti dan pimpinan waktu itu, bukan lagi lakonan. Sehingga lahirnya mujahid – mujahid yang sanggup berkorban nyawa seperti dalam peristiwa Lubuk Merbau, tragedi Memali, isu perobohan Institut Berakah di Kuala Terengganu dan rampasan tapak muasasah di Kedah.

Semua ini berlaku kerana tebalnya sifat kasih sayang ahli terhadap parti dan pimpinan.

Ahli – ahli Pas sanggup lakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah Negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh Umno. Pendek kata, mereka sanggup mati kerana Pas. Hendak lihat Pas menang besar kerana mahu sama ada Ustaz Fadzil atau Hj. Hadi menjadi PM.





Mereka yakin jika mati berjuang dalam Pas, akan dapat syahid, Walau mati jatuh pokok ketika memasang bendera Pas sekali pun. Apa lagi bila difatwakan oleh sesetengah ulama Pas bahawa undi Pas itu boleh masuk syurga. Jika masih bertolak ansur dengan Umno, selagi itulah ruang ke syurga masih tertutup.

Inilah yang ahli Pas faham dan difahamkan semasa awal kepimpinan ulama. Dengan kefahaman inilah sebahagian besar ahli Pas yang terdiri daripada penjawat kerajaan sanggup meninggalkan jawatan. Jawatan itu dianggap sebagai penghalang perjuangan dalam parti. Masing – masing dengan ikhlas berkorban mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang syumul atau sempurna.

Seringkali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah Negara pada jam 12 tengah malam, maka undang – undang Islam akan terlaksana pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang – undang Lord Reid.

Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud itu terlaksana. Selagi hudud tidak terlaksana, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makanan tidak bergaram, minuman tak bergula.

Pemimpin Pas juga mengatakan bahawa Umno gagal melaksanakan hudud kerana takut kepada orang bukan Islam. Umno dikatakan bimbang hilang undi masyarakat bukan Islam. Pemimpin Pas juga tidak menerima alasan dari mantan PM Malaysia sejak Tunku Abd Rahman hingga Tun Dr. Mahathir, yang mereka sukar laksana hudud sebab Malaysia Negara majmuk.

Hujah PM ini ditolak dengan alasan bahawa ketika Kota Madinah di perintah oleh nabi dulu pun, masyarakatnya majmuk. Selain Islam ada Yahudi dan Kristian. Tetapi tidak melantik orang – orang kafir ini sebagai pemimpin kerajaan Islam.

Alasan PM ketika itu dianggap sebagai takut kepada manusia, bukannya takut pada Allah. Lalu akidah PM dan ahli Umno disebut sebagai tidak betul. Atas alasan ini, mengundi Umno adalah haram.

Juga dijanjikan bila Pas berkuasa pemimpin – pemimpin kerajaan Pas sama ada PM, MB, KM, Exco dan pegawai kanan kerajaan, akan hidup secara sederhana. Tidak ada kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah kalau boleh biar duduk atas lantai sahaja.

Hingga ada yang kata kalau boleh mereka akan pergi ke pejabat dengan basikal, kononnya nak ikut Negara cina. Mereka akan jadikan diri sebagai hamba kepada rakyat bukannya menghambakan rakyat. Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz akan dijadikan model. Kezuhudan Ayatullah Khomenei akan dijadikan ikutan.

read more...

Krisis Tebusan di Algeria, 2 Rakyat Malaysia Terbunuh, 3 Selamat


Mayat dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh semasa krisis tebusan di kompleks carigali minyak di In Amenas, Algeria, dijangka tiba di tanah air Isnin ini, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

"Kita kena tunggu beberapa urusan (dokumen dan forensik) yang perlu diselesaikan di sana sebelum membawa mayat pulang dan sekiranya tiada masalah mayat akan tiba dalam masa dua hari," katanya ketika dihubungi.

Dua rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee.
Sebelum ini Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di Kompleks itu terselamat iaitu K. Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38 dan Patrick Purait Awang. Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Jan lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mayat mangsa dikenalpasti pasukan forensik melalui rekod pergigian dan pengesahan ahli keluarga mendiang. 

Katanya, sejurus pengesahan mayat mangsa, Wisma Putra terus memaklumkan berita berkenaan kepada keluarganya.


"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mendiang. Kedutaan Mlalaysia dan JGC Corp sedang menguruskan untuk membawa pulang mayat Tan bersama rakan sekerjanya, Chong Chung Ngen dengan segera," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top