Nuffnang

PEGUAM NEGARA : Ketegangan Antara Kerajaan Dengan Pihak Istana?


KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.

Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.

Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana. 

Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya. – 2 Jun, 2018.

SUMBER
Share this article

8 Komen:

  1. maka dgn ini.. benarlah titah Sultan selangor baru2 ini..
    mathir akan bakar negara tanah melayu ini..?

    BalasPadam
  2. Mau dok ingat...Raja Melayu bukan melukut cheq oiii

    BalasPadam
  3. Rujuk Rule Of Laws..
    Kalau kerajaan tegas.. Nothing can be done..

    BalasPadam
  4. Dalam perlembagaan, kerajaan adalah ulil amri.

    BalasPadam
  5. Kpd penjawat awam yg terima bonus raya tu tak rasa malu ke sedangkan menteri kewangan bangsa cina tu ckp hutang negara 1 trillion sehingga terpaksa bukak tabung utk cover, korang blh plak terima bonus lg tak rasa hina ke..bangsa lain ckp apa? Ke korang pun rasa menteri tu penipu.. Tp ramai juga penjawat awam yg tlg kempen utk ph hari tu.. Tak caya cuba tgk undi kat putrajaya..

    Ibarat cerita beruk yg melolong minta pisang dr tuannya, tp pisang dah habis terpaksa tuannya minta derma dr org lain, tuannya marah dicampak pisang kemuka beruk tu, beruk tu pun mkn dgn happy nya..

    BalasPadam
  6. nak baiki negara dah bagus sangat. Tapi jangan sampai gadai negara dengan bersahabat dengan musuh yang nyata.Jangan menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab nak capai satu matlamat murni, tapi akhirnya negara yg berdaulat tinggal kenangan. masa tu, baru tahu tinggi rendahnya langit. Saya tidak berpihak pada mana mana parti. Saya bercakap pasal hak melayu dan Islam tu aja. Jangan nak macai sana, macai sini. simpan sikit bodoh tu

    BalasPadam
  7. pak kadok menang sorak....padan muka

    BalasPadam
  8. Bunga cantik beri pada kera...tngok je la apa jadi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top