Nuffnang

BATU PUTIH : Kerana Ego Dan Dendam, Kedaulatan Negara Dikorbankan?


Kita masih tidak lupa bagaimana kita berputih mata kehilangan Pulau Batu Putih. Ramai pihak menyalahkan Pak Lah ketika itu. Tun M di dalam blognya juga melahirkan rasa terkejut.

Pak Lah digantikan DS Najib. DS Najib digelar Tun M sebagai PM yang menggadaikan kedaulatan negara kepada China dan Singapura. Singapura dikaitkan dengan HSR.

DS Najib memang akrab dengan Singapura. Akrab tidak akrab DS Najib pada 2017 telah membuat permohon menyemak semula @ interpretasi keputusan pada 2008. Ini dibantah oleh Singapura. Tetapi demi kedaulatan negara, DS Najib teruskan juga.

Tidak sangka Tun M menjadi PM yang kononnya mempertahan kedaulatan negara menarik balik permohonan semakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Pulau Batu Putih. Melepaslah kita Pulau Batu Putih.

Sekarang baru kita tahu wajah sebenar orang itu.

Ulasan Malaysia Defense Review 

Isu Pulau Batu Putih kembali menghangat apabila Perdana Menteri menyatakan Malaysia menarik diri dari semakan semula Kes Perebutan Pulau Batu Putih dengan Singapura di Mahkamah Antarabangsa ICJ The Hague Belanda.


Walaupun Pulau Batu Putih kekal milik Singapura, Pulau Batuan Tengah dan Tubir Selatan milik Malaysia. PM menyatakan ketika ini Pulau Batuan Tengah memiliki struktur binaan iaitu Pangkalan Maritin Sultan Abu Bakar akan ditambak menjadi pulau kecil.


Jika diihat semula ia sebenarnya menambah ketenggangan dua pihak iaitu Malaysia dan Singapura. Pulau Batuan Tengah terletak diantara Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih. Kawasan berkenaan dituntut oleh Singapura sebagai penguasa dilaluan berkenaan antara laluan yang sibuk didunia. 


Kesan ketara ialah TLDM dan APMM mengalami kesukaran untuk rondaan selain kapal TLDM semakin sukar untuk merapati Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih di Kota Tinggi.


Pasukan Tentera Laut Singapura RSN dan Pasukan Polis Marin Singapura telah mula kerap meronda di kawasan berkenaan dan menghalau nelayan tempatan. Namun kehadiran Kapal TLDM dan APMM sedikit sebanyak mengurangkan provokasi.

Mungkin ramai masih ingat kejadian bot Polis Marin yang dihalau ketika merapati Pulau Batu Putih sekitar 2002 kemudiannya hadir Kapal Peronda RSN dengan menghala meriam 76mm kearah bot Polis Marin berkenaan namun diselamatkan oleh Kapal Korvet Kelas Laksamana dengan pantas menghalang kapal peronda berkenaan sambil menghalakan meriam 76mm.

Jika dilihat sehingga hari ini tiada penyelesaian kompleks dilakukan disamping kerajaan Malaysia dijangka membatalkan projek rel laju HSR KL-Singapore, sedikit sebanyak memberi gambaran ketegangan dua pihak.

Fasa baharu konflik dua negara ini dibentuk dijangka akan menentukan siapa yang akan berkuasa dilaluan paling sibuk didunia. Malaysia dibawah kepimpinan kerajaan baharu perlu melihat secara keseluruhan bahawa kedaulatan Malaysia sedang dicabar.

Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top