Nuffnang

RUMAH SELANGORKU : Apa Cerita Sebenarnya Yang Rakyat Tidak Tahu


CERITA kerajaan Pakatan Selangor membatalkan 9 projek rumah Selangorku beberapa bulan lepas, mudah sangat dilupakan. Benda takde impak macam itulah, ada ke takde, sama saja. Buat sebiji pun belum, tahu-tahu batal saja dah. Cuba kalau BR1M kena batal atau Klinik 1 Malaysia kena tutup, berbulan-bulan orang tak habis bercakap – pasal ada impak.

Dengar Azmin berucap dalam satu majlis perjumpaan dengan bekas anggota tentera, memang dahsyat. Sekali dengar, memang kerajaan Selangor ni kerajaan U-topia lah senang kata. Bantu sesaja, tolong sesaja, asal ada nama program bantuan rakyat, semua dia sebutkan – yang dia tak sebut, semua tu hanya nama, bendanya? Hampir tidak ada.

Contohnya program rumah Selangorku inilah. Menurut makluman, apa yang sebenarnya berlaku ialah, pemaju buat 300 unit rumah kos sederhana/mahal, akan selit 10 biji atau kurang jenis rumah yang masuk kategori rumah Selangorku.

Yang inilah nanti dicanang sebagai bukti Selangor bawah Pakatan negeri berkebajikan. Taik kebajikan apa macam ini? Rakyat dekat 6 juta orang, buat rumah kos rendah untuk rakyat tak ada 1% pun dari jumlah itu. Begitu juga dengan program-program rakyat yang lain, semua tu hanya propa saja yang lebih, bendanya entah, kalau ada pun nak apply susah.

Strategi ini diamalkan bukan di Selangor saja, malah di Pulau Pinang juga. Nama (program) ada, rumahnya takde. Kalau ada pun rakyat akan fikir balik, ini rumah kos rendah atau kos gelisah? Macam mana rumah kos rendah tapi harga paling murah RM 400,000? Itu penyakit DAP kat Pulau Pinang, Pakatan jugalah tu.

Beza sangat dengan program rumah kerajaan BN seperti PR1MA, PPA1M dan RUMAHWIP dan sebagainya. Dah beratus ribu buah siap atau sedang dibina di merata tempat dalam negara.


Waima rumah generasi kedua Felda yang dikatakan penyokong Pakatan sebagai propa saja tu pun, sebenarnya banyak yang dah siap, kok ada yang tak berbuat lagi adalah kerana kerajaan negeri yang diperintah Pakatan, enggan beri kelulusan. Banyak sangat dengar cakap pemimpin Pakatan sampaikan apa benda baik yang kerajaan BN buat, semuanya dinafikan kejayaan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top