Nuffnang

BERSALAH!!! Rafizi Dijatuhkan Hukuman Penjara 30 Bulan


NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas kerani bank Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengan Mohd Rafizi, 41, bagi mendedahkan dokumen penyata baki akaun NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Zamri memutuskan demikian dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua tertuduh.

"Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan membuat penelitian maksimum terhadap hujahan pendakwaan serta pembelaan itu.

"Kedua-dua tertuduh disabitkan atas kesalahan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau membenarkan penangguhan hukuman ke atas mereka sehingga keputusan rayuan dengan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000 seorang.

Mohd Rafizi sebelum ini mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank itu kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Ahli Parlimen Pandan itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Johari, 44, mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama.

Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Falihin Kamil Mohd Sazali manakala peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top