Nuffnang

BIADAP : Sultan Selangor Murka, Titah Zaid Keluar Dari Selangor!!!


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan kenyataan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang biadap memutarbelit titah baginda mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sultan dipetik Utusan Malaysia bertitah, baginda dukacita dengan kenyataan Zaid dan menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai biadap.

“Saya dukacita dengan komen Zaid Ibrahim dalam Twitternya yang mengulas kenyataan saya (mengenai Dr. Mahathir) dalam akhbar The Star. Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti kenyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” titah baginda.

Lantaran, Sultan Sharafuddin mengarahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor”.

Baginda Sultan menerusi temubual bersama akhbar The Star sebelum ini menegur Dr Mahathir berhubung isu penghinaan kepada keturunan Bugis, isu kerugian Bank Negara ekoran dagangan mata wang asing serta pengkhianatan kepada UMNO.

Jelas Sultan, baginda sering mendapatkan maklumat secukupnya sebelum melontarkan apa jua komen atau mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak Istana.

Tegas baginda didalam wawancara berkenaan, Dr Mahathir mempunyai sifat rendah diri yang diselebungi dengan kebencian.

Walaubagaimanapun, Zaid menerusi twitter mengecam titah baginda Sultan dengan berkata: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada siapa terkecuali bila negara hancur”.

“Apabila sesetengah Raja bermain politik; mereka harus tahu akibatnya. Jangan fikir tiada balasan kepada sikap partisan,” tulis Zaid di twitter.

Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan bahawa baginda sememangnya cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan dan Zaid tidak perlu mengajarnya.

Tambah baginda lagi, teguran ke atas Dr. Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja dan bukannya bermotifkan politik.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” titah baginda lagi. 

– mD
Share this article

5 Komen:

  1. Puki Zaid dan batang Anuwor....match made in heaven.

    BalasPadam
  2. Demokrasi Berpalimen Raja Berpelembagaan

    BalasPadam
  3. Masuklah blogg A Kadir, baca: The Monarchy, "Shaman and the Power of Sosial Media". Very enlighning, buat kita berfikir sejenak.

    BalasPadam
  4. Ini zaman perang guna keyboard bukan tombak. Filir fikirkanlah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top