Nuffnang

PESTA ARAK : PANASSS!!! MAZA "Sekolahkan" Zaid Ibrahim


Wow!!! Kali ini penulis sokong 100% MAZA! Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim susulan kenyataan ahli DAP itu menyindir pihak tertentu yang membantah penganjuran pesta arak di ibu negara, Oktober ini.

Melalui akaun Facebook rasminya, DrMaza.com, Mohd Asri mempersoalkan tindakan Zaid mengaitkan poligami dengan pesta arak dalam kes berkenaan.

"Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama.

"Poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri," katanya melalui kenyataan berkenaan.

Mohd Asri berkata, jika seseorang itu enggan bersetuju dengan penganjuran pesta arak, tidak bermakna seseorang itu juga menolak hiburan.

"Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara santun. "Mereka bukan sahaja bernasyid dan berselawat, tetapi juga menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras," katanya.

Mufti Perlis itu berkata, bukan Islam mempunyai hak untuk meminum arak, tetapi penganjurannya akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak 'Better Beef Festival 2017' di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pihaknya menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan sebagai satu program yang sensitif, sekali gus mampu menimbulkan kemarahan masyarakat.

Bagaimanapun, DAP dilihat menyokong pesta arak berkenaan apabila Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata, penganjurannya boleh diteruskan kerana ia tidak menyalahi undang-undang.

REAKSI PAS

PAS mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mempersoalkan bagaimana program yang dirancang pada 6 dan 7 Oktober depan diiklankan sejak Mei lalu walaupun belum mendapat kelulusan.


"Adakah ia satu provokasi untuk melihat respon dan tindak balas rakyat Malaysia setelah program pesta arak seumpama dengannya berjaya dilaksanakan pada 2012 dan 2016?

"Kejayaan sebelum ini menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017.

"Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan,"
Share this article

3 Komen:

  1. Nampak macam si zaid tu dah mcm terlajak baruah kapir. Seronok kapir laknat dapigs menganjingkan 'Melayu2' murtad yg kononnya 'urban'. Agenda ANTI ISLAM dan ANTI MELAYU dapigs laknat dijalankan dgn mempergunakan Melayu2 yg mcm berkiblatkan ajaran moortad.

    Btw, atok zaid naik satu sampan dgn atok mamakutty kerala mari? Curious.

    BalasPadam
  2. Sudah tentu konsep lelaki berkahwin dgn 2 atau 3 wanita(poligami) adalah sangat pelik bagi puak2 pondan LGBT dan pejuang2 LGBT yg hanya 'faham' kahwin sejenis!

    BalasPadam
  3. Umat Islam wajib menolak dap yg jelas tidak menghormati sensitiviti org Islam.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top