Nuffnang

KANTOI? Beranikah Rafizi Dedahkan Misteri RM2.7 Juta Dana Invoke?


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk menjawab berbagai persoalan yang dibangkitkan orang ramai termasuk pemimpin dan ahli PKR berkaitan NGO beliau, Invoke yang mengutip dana jutaan ringgit walaupun baru setahun kewujudannya.

Antaranya mengenai derma orang ramai sebanyak RM857 ribu, kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta, juga bukti 80 kakitangan menerima gaji yang puratanya menerima RM1100 sebulan.

Gesaan terbaru tersebut dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang mahu Rafizi menjawab secara terang bukannya cuba mengalihkan isu ke sana sini.


"Telah lebih setahun Invoke ditubuhkan oleh Rafizi dan kini dengan penuh bangga beliau sedang meraikan ulang tahun pertama. Tahniah, dan selamat hari ulang tahun Invoke.

"Terdapat banyak persoalan dilontarkan mengenai dana RM2.7 juta yang diterima dan dibelanjakan oleh Invoke. Persoalan ini juga turut dibangkitkan oleh pemimpin dan ahli-ahli PKR. Di mana mereka pernah mengatakan bahawa Rafizi telah mengutip dana jutaan ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal turut melontarkan lima persoalan kepada Rafizi dan berharap ia akan dijawab dengan telus tanpa berselindung selari dengan ketelusan yang sering dilaung-laungkan selama ini.

"Antara persoalan yang belum terjawab ialah butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857 ribu. Siapa yang menderma? Waktu bila? Di mana?

"Kedua, butiran kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta. Siapakah sukarelawan ini, berapa ramai yang melanggan perkhidmatan ini?

"Ketiga, bukti bahawa beliau telah melaburkan duit Amanah Saham Berhad (ASB) dan Tabung Hajinya kedalam Invoke sebagai modal. Tidak pernah ditunjukkan sebarang bukti pengeluaran dan kemasukan wang," ujarnya.

Selain itu, Rizal turut meminta Rafizi mengesahkan benarkah Invoke telah menyewa berbelas pejabat di seluruh negara kerana ada dakwaan Invoke sebenarnya beroperasi di pejabat cabang PKR.

Rafizi turut diminta mengemukakan bukti 80 kakitangan menerima gaji yang puratanya menerima RM1100 sebulan daripada Invoke seperti pendaftaran pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Apa yang kelakar, Rafizi selalu membangkitkan soal pekerja yang dibayar gaji rendah dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tetapi Rafizi sendiri membayar gaji yang rendah kepada pekerja Invoke. Lebih malang jika antara mereka ada graduan universiti tetapi dibayar gaji pekerja buruh.

"Sebenarnya, banyak lagi persoalan yang saya akan bangkitkan. Tetapi saya beri peluang kepada Rafizi untuk jawab dengan terang dan jelas dahulu mengenai lima perkara di atas.

"Saya menjangkakan Rafizi akan mengeluarkan jawapan bersifat ‘politik’ untuk mengalihkan isu. Saya mencabar Rafizi untuk tidak berbuat demikian dan berikan jawapan yang jelas. Sesuai dengan ‘ketelusan’ yang beliau laung-laungkan selama ini," katanya.

Invoke Malaysia yang ditubuhkan Rafizi setahun lalu merupakan sebuah pertubuhan yang menguruskan kempen pilihanraya secara professional dan sepenuh masa.

Selain merekrut, melatih dan menggerakkan ribuan sukarelawan ke kerusi-kerusi penting untuk memastikan calon pro-reformasi menang, Invoke juga berfungsi menjalankan kajiselidik dan "analytics".
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top