Nuffnang

BONGKAR : Tun M , Zahid Hamidi dan RM 230 Juta


Tun M dalam tulisan terbarunya sekali lagi melancarkan propaganda. Kali ini propaganda yang dilancarkan berbentuk persepsi. Beliau menulis dengan cara tidak menceritakan sepenuhnya dan membiarkan ianya tergantung atau terawang-awangan. Tujuannya mudah, supaya masyarakat tertanya-tanya dan seterusnya boleh mengundang persepsi yang buruk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 


Kata beliau ;

Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.

Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

Sekarang kita kata pula ;

I) DSAZH bukannya seorang lepasan SPM. Beliau orang yang belajar dan ada ilmu. Di zaman persekolahan lagi pun beliau telah belajar di sekolah-sekolah terpilih di Perak dan Selangor. Kemudian pada tahun 1975 beliau menyambung pelajaran di UM. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang perbankan dan komunikasi perniagaan. Selepas itu beliau belajar pula dalam bidang komunikasi korporat. 

II) Sebelum menyertai politik beliau telah bekerja di beberapa bank termasuklah di bank OCBC dan memegang jawatan besar. Beliau juga pernah memegang jawatan tinggi di Scandinavian Motors. Beliau juga pernah bekerja sebagai Pengurus Pemasaran ASNB. Itu belum dikira lagi jika beliau ada perniagaan-perniagaan lain termasuklah jual beli saham atau hartanah. Maklumlah orang dalam bidang perbankan. Melihat kepada kerjaya-kerjayanya itu , sudah tentu DSAZH adalah orang yang berduit pada masa itu (80-90an)

III) Apabila dipilih sebagai KP Umno, DSAZH telah membuat deklarasi harta kepada PM dan dalam deklarasi itu dinyatakan secara telus jumlah wangnya yang ada di dalam akaunnya. Itu menunjukkan beliau berani bertindak secara telus. 

IV) Jika wang itu didapati secara tidak sah atau melalui jalan salah, adakah beliau berani mengistiharkannya kepada PM ? Dan jika wang itu diperolehinya dengan cara yang salah, adakah beliau berani menyimpannya di dalam akaun sendiri ? Sedangkan seseorang yang mendapat wang dengan cara yang salah, hatta RM 300.00 sekalipun tidak berani dimasukkan ke dalam akaun sendiri. Jauh sama sekali untuk diistiharkan atau diberitahukan kepada ketuanya. 

V) Mengenali Tun M sewaktu menjadi Presiden Umno dan PM, beliau dikenali seorang yang sangat tegas dan garang. Jika DSAZH ketika itu memberikan jawapan yang KURANG JELAS kepada beliau, adakah anda fikir beliau akan lepaskan DSAZH dengan begitu sahaja ? Ohhh tidak….Kuasa Raja pun beliau boleh tarik, hakim pun beliau boleh pecat, apalah sangat setakat insan yg bernama Zahid Hamidi ? Jika wang itu didapati dengan cara yang tidak sah, sewaktu krisis politik atau gelombang reformasi 1998, bukan sahaja Anwar yang didakwa atas tuduhan meliwat, Sukma Darmawan dan Munawar Aness juga didakwa kerana menahan punggung mereka kepada Anwar. DSAZH juga pasti telah didakwa atas tuduhan rasuah atau salah guna kuasa. Kerana pada waktu itu DSAZH antara yang turut dimusuhi oleh Tun M hinggakan beliau ditahan di bawah ISA bersama Roslan Kassim dan beberapa orang lagi. Namun apa yang terjadi sebaliknya. DSAZH terus melekat di hati Tun dan terus dipilih sebagai calon BN pada PRU 1999 oleh Tun. 

VI) Jika Tun M seorang PM yang baik, jujur dan amanah, memandangkan ketika itu DSAZH memberikan jawapan yang KURANG JELAS kepadanya dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya ketika itu juga beliau mengarahkan Badan Pencegah Rasuah menyiasat DSAZH. Kenapa tidak lakukan ? Adakah Tun bersekongkol dengan rasuah dan penyelewengan ? Kini setelah 21 tahun berlalu dan setelah tiada kuasa baru Tun hendak bersuara dan hendak berjuang melawan rasuah ke ? Teringat pula bagaimana PM 1997 bengang dengan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar ketika itu yang memangku jawatan PM yang mana PMnya sedang bercuti di luar negara, Anwar telah bertindak di Dewan Rakyat membentangkan  Pindaan Akta Pencegahan Rasuah. Dimana pindaan itu membolehkan BPR mendakwa mana-mana menteri walaupun mereka telah berhenti. Akta itu memberi kuasa kepada BPR bertindak dalam tempoh 10 tahun selepas menteri berhenti. Mungkin itulah yang membuatkan Tun sangat takut kepada Anwar sehingga beliau kemana-mana pun bayang-bayang Anwar selalu menghantuinya. Akhirnya kini beliau memilih jalan untuk tunduk kepada Anwar. 

Akhir kata….

Berapa pula harta Mukhriz ketika mula-mula menyertai politik dan ketika bergiat dalam politik ??? Yg disimpan dalam akaun sendiri berapa ? Dalam akaun proksi berapa ? Ha ha ha...ini kena sumpah dengan Quran ni. 

Klue : OPCOM dan PEROLEHAN TERUS
Share this article

3 Komen:

  1. Mukhriz Kutty Anak Lelaki Mahazalim Mahathir Kutty... kih kih kih...KUTTY KUTTY...

    Memang patut pon Kutty...Kunta Kinte

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jadikan nama keturunan satu bahan persendaan...

      Padam
  2. KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH...ALLAH MAHA ADIL..

    PATUTLA UMUR TUN PANJANG, ALLAH NAK BAGI KITA TAU SIAPA DIA SEBENARNYA

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top