Panas...Panasss. Panass..... Zahid Hamidi bakal disiasat Polis? Apakah "perkara besar" yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu mengenai Mahathir yang membuatkan pihak pembangkang mahu membuat laporan ke atas Zahid?
Berikut artikel dari blog Kedah Lanie yang memuatnaik kenyataan daripada Zulhazmi Shariff mengenai tindakan beliau yang akan diambil ke atas Timbalan Perdana Menteri itu.
LAPORAN POLIS TERHADAP ZAHID HAMIDI & KETUA PENGARAH JPN
Lanjutan ucapan perasmian penutup Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kelana Jaya hari ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini, esok Isnin 31/07/2017 jam 1 tengahari di IPD Dang Wangi, saya akan buat laporan polis terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kerana telah membocorkan maklumat peribadi individu kepada khalayak.
Malaysiakini melaporkan seperti berikut :
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
Bagaimana Ketua Pengarah JPN boleh sewenang-wenang memberikan maklumat peribadi Tun Dr. Mahathir kepada Zahid dan kemudiannya didedahkan oleh Zahid kepada orang ramai? Apa tujuannya?
Jika salinan kad pengenalan Tun Dr Mahathir boleh dihantar melalui telefon bimbit oleh Ketua Pengarah JPN, maka kita perlu bimbang data-data peribadi orang awam lain digunakan dan dibocorkan sewenang-wenang oleh JPN.
Tidak hairan jika daftar pemilih SPR penuh dengan keraguan jika kad pengenalan pun boleh dihantar melalui telefon semudah itu.
Zulhazmi Shariff
======================
Benar atau tidak Zulhazmi akan membuat laporan polis itu hari ini sama-samalah kita tunggu dan lihat. Berdasarkan carian penulis di google sebentar tadi telah banyak artikel yang memuatnaik gambar dan cerita mengenai "Mahathir a/l Iskandar Kutty" ini.
Bagi penulis "pendedahan" yang dibuat oleh Zahid Hamidi itu bukanlah pendedahan baru mengenai Mahathir, tetapi sekadar peringatan semata-mata.
Kalau korang tak percaya, pegilah tanya Mr Google. Dengan gambar bapa Mahathir, salasilah semuanya ada.

Dia public figure.. dah tak jadi kesalahan pun.. semua org tahu dah
BalasPadamZahid tu menteri pertahanan.. sesiapa punya ic dia nak pun bole..
BalasPadamZahid tu memang ada kuasa. Dia bukan petani kat ceruk kampung. Dia memang ada kuasa untuk arahkan. Bengap laaaaaa "belia" zaman sekarang ni. Bising je lebih, last2 jadi bodoh.
BalasPadam