Nuffnang

WAJIB BACA : GERAKAN MEMPERBAHARUI SERANGAN UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN UMNO-BN DAN KEPIMPINAN NAJIB 



16 Jun 2017

❎ Pendedahan semalam memang telah dirancang rapi dimana mereka mengambil masa yang lama untuk menyediakan segala-galanya bagi memastikan mereka tidak kecundang sekali lagi sepertimana yang berlaku pada bulan Julai 2016.

❎ Rakyat Malaysia tidak begitu bijak untuk bertanya sama ada jenayah telah dilakukan dan jika mereka benar-benar mempunyai bukti terhadap kesalahan jenayah dan mengapa tidak mengambil tindakan jenayah kerana tindakan sivil adalah tindakan yang sangat lemah, dimana pelajar undang-undang tahun pertama pun boleh mencabarnya?

❎ Hakikatnya pengundi di kawasan majoriti Melayu memang tidak memahami perbezaan diantara tindakan sivil dan tindakan jenayah

❎ Ini adalah cubaan terbaru yang lemah dari Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghidupkan kembali isu 1MDB yang telah senyap dengan tujuan untuk memastikan ia sentiasa menjadi isu sehingga pilihan raya umum akan datang


❎ Kali ini Aduan Pelucuthakan yang telah disahkan sebenarnya dirangka oleh Sivarasa dan Matthias, selepas itu Cynthia menyerahkannya kepada Sandra Brown, Pemangku Peguam U.S. Daerah Tengah California.

❎ Dengan pergolakan semasa di Amerika Syarikat, dan juga dengan tindakan beberapa angota DOJ yang sedang menentang Presiden Donald Trump, maka ANC (anti-Najib Kempen) tahu inilah masanya yang sesuai untuk eksploitasikan keadaan. 

❎ Oleh itu jika mereka mahu menghidupkan semula isu yang DOJ bangkitkan pada bulan Julai tahun lepas maka mereka perlu bertindak sekarang sebelum Presiden Donald Trump membersihkan DOJ daripada anasir-anasir yang menentangnya.

❎ Mahathir dan ANC tahu bahawa tindakan ini juga tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap Najib 

❎ Pihak DOJ menyedari bahawa ini adalah satu tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan mereka akan merasa janggal bila bercakap dengan Malaysia

❎ Pakar undang-undang yang telah teliti dokumen DOJ mengatakan bahawa saman itu adalah cacat (defective) dan benar-benar tiada substance (bahan kukuh).

❎ Pendek kata, tindakan DOJ ini lebih bermotifkan kepada politik daripada kesalahan undang-undang tetapi oleh kerana sasaran mereka adalah politik maka ini akan memenuhi matlamat tersebut.

▶Mahathir’s feeble attempt at reviving the dead 1MDB issue | Malaysia Today 

Pengumuman akhbar DOJ yang kedua ini juga adalah satu PERMAINAN WAYANG KULIT atau PERTUNJUKAN SILAP MATA untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada isu terbaru ini daripada melihat ke arah Pakatan Harapan dan menyedari bahawa pakatan pembangkang kini berada diambang kemusnahan, sepertimana yang telah berlaku kepada Pakatan Rakyat dua tahun lalu. Ini adalah apa yang dipanggil sebagai satu "STRATEGI UNTUK ALIH PANDANGAN BESAR- BESAR" dan telah terbukti sangat berkesan apabila anda memerlukannya untuk mengalih pandangan orang ramai kearah isu yang lain.

THE CORRIDORS OF POWER

By: Raja Petra Kamarudin

(Translated by: Ariff Ahmad)

"Jabatan Kehakiman hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memfailkan aduan sivil penyitaan aset untuk mendapatkan pelucuthakan (forfeiture) dan pemulihan kira-kira $540 juta dalam aset yang berkaitan dengan konspirasi antarabangsa untuk membersihkan dana yang telah disalahgunakan (Money Laundered) dari dana kekayaan negara Malaysia (1MDB). Aduan pelucuthakan sivil yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset dalam kira-kira $100 juta serta digabungkan dengan aduan awam pelucuthakan yang difailkan pada bulan Julai 2016, untuk merampas aset bernilai lebih daripada $1 bilion, maka kes ini adalah satu tindakan terbesar dibawa di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative. Menurut DOJ dalam satu kenyataan akhbar semalam bahawa jumlah aset didalam kes yang tertakluk kepada pelucuthakan kini berjumlah hampir $1.7 bilion".

Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Penolong Peguam Negara Kenneth A. Blanco, Pemangku Peguam Negara AS Sandra R. Brown dari Daerah Tengah California, Penolong Pengarah Stephen E. Richardson Bahagian Siasatan Jenayah FBI, dan Timbalan Ketua IRS-Criminal Investigation (IRS-CI) Don Fort.

Sebenarnya ini adalah pusingan kedua dari pengumuman pertama DOJ yang pernah diumumkan pada bulan Julai tahun lepas, dan ini adalah cubaan terbaru yang lemah dari Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghidupkan kembali isu 1MDB yang telah senyap dengan tujuan untuk memastikan ia sentiasa menjadi isu sehingga pilihan raya umum akan datang. Mahathir sedar bahawa dia tidak mempunyai apa-apa isu lagi yang boleh digunakan untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka dia mengguna kembali isu 1MDB dengan harapan bahawa dia boleh menghidupkan kembali isu ini supaya dia boleh terus menggunakannya untuk menyerang Najib.

Semasa DOJ mula melancarkan serangan pada bulan Julai tahun lepas, Mahathir telah melantikkan kepada Tun Daim Zainuddin dan Kadir Jasin sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menjalan kempen publisiti tersebut. Itu adalah apa yang berlaku setahun selepas cubaan merampas kuasa pada bulan Julai 2015 dengan tujuan untuk menyingkirkan Najib daripada jawatannya. Malangnya, Kadir melakukan kesilapan dalam kempen publisiti tersebut dan serangan Julai 2016 DOJ tidak mempunyai apa-apa kesan dan yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit dan perancangan setahun musnah begitu saja.

Selepas itu Mahathir meminta Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih tugas tersebut. Sivarasa adalah peguam Anwar (yang memfailkan tindakan mahkamah mengenai bayaran RM9.5 juta yang dikatakan Najib telah membayarkan kepada Muhammad Shafee Abdullah), manakala Cynthia pula mempunyai pautan dengan Amerika Syarikat. Pada tahun 1999, Cynthia telah menganjurkan pembiayaan PKR yang meminta George Soros untuk mengeluarkan wang bagi membiayai kempen pilihan raya umum PKR 1999. Jadi boleh dikatakan beliau memang rapat dengan dalang-dalang di Amerika Syarikat.

Kali ini Aduan Pelucuthakan yang telah disahkan sebenarnya dirangka oleh Sivarasa dan Matthias, selepas itu Cynthia menyerahkannya kepada Sandra Brown, Pemangku Peguam U.S. Daerah Tengah California. Sandra adalah orang yang sama yang terlibat didalam tindakan DOJ tahun lepas juga. Seminggu yang lalu salinan dokumen ini telah serahkan kepada Mahathir dan Clare. Oleh itu semua orang memang telah betul-betul bersedia untuk serangan kali ini. Apabila beliau menerima dokumen tersebut, Mahathir berkata, "Kali ini Kita habiskan Najib.

Pendedahan semalam memang telah dirancang rapi dimana mereka mengambil masa yang lama untuk menyediakan segala-galanya bagi memastikan mereka tidak kecundang sekali lagi sepertimana yang berlaku pada bulan Julai 2016. Dengan pergolakan semasa di Amerika Syarikat, dan juga dengan tindakan beberapa angota DOJ yang sedang menentang Presiden Donald Trump, maka ANC (anti-Najib Kempen) tahu inilah masanya yang sesuai untuk eksploitasikan keadaan. Oleh itu jika mereka mahu menghidupkan semula isu yang DOJ bangkitkan pada bulan Julai tahun lepas maka mereka perlu bertindak sekarang sebelum Presiden Donald Trump membersihkan DOJ daripada anasir-anasir yang menentangnya.

Mahathir dan ANC tahu bahawa tindakan ini juga tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap Najib. Apa yang mereka ada hanya satu lagi pengumuman akhbar oleh DOJ yang kedua dalam tempoh 11 bulan, yang mengandungi 250 muka surat dengan segala 'maklumatnya'. Mereka tidak peduli jika tindakan undang-undang keatas krs tersebut gagal dilaksanakan kerana ini bukanlah matlamat sebenarnya. Tujuannya hanyalah untuk untuk memenangi pilihan raya umum akan datang saja. Jadi yang penting mereka boleh melakukan kekecohan di Malaysia saja walaupun mereka benar-benar tidak mempunyai asas untuk bertindak.

ANC tahu bahawa pengundi di kawasan majoriti Melayu tidak peduli atau tidak faham dengan apa yang berlaku di mahkamah Amerika Syarikat. Pengundi dari kawasan majoriti Melayu tidak akan terpengaruh dengan keputusan Mahkamah Amerika Syarikat. Hakikatnya pengundi di kawasan majoriti Melayu memang tidak memahami perbezaan diantara tindakan sivil dan tindakan jenayah. Apa yang Mahathir perlu katakan ialah, "Amerika Telah ambil Tindakan makhamah Terhadap Najib," tanpa menjelaskan bahawa tidak terdapat didalam mana-mana 250 muka surat itu yang menyebut Najib terlibat dalam apa-apa kes jenayah.

Malah, DOJ pun tidak pernah menghubungi Malaysia atau meminta bantuan Malaysia. Pihak DOJ menyedari bahawa ini adalah satu tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan mereka akan merasa janggal bila bercakap dengan Malaysia. Oleh kerana perkara itu melibatkan sesuatu yang berlaku di tanah AS, dan kerana ia adalah tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah, maka tidak ada apa-apa kaitan dengan Malaysia?

Pakar undang-undang yang telah teliti dokumen DOJ mengatakan bahawa saman itu adalah cacat (defective) dan benar-benar tiada substance (bahan kukuh). Mereka berpendapat ia adalah sama dengan apa yang mereka lakukan kepada Hillary Clinton, tiga hari sebelum pilihan raya presiden, yang telah menyaksikan beliau kehilangan sokongan. Pendek kata, tindakan DOJ ini lebih bermotifkan kepada politik daripada kesalahan undang-undang tetapi oleh kerana sasaran mereka adalah politik maka ini akan memenuhi matlamat tersebut.

Dakwaan tersebut adalah dakeaan yang dikitar semula dari tahun lepas dan tidak mengandungi apa-apa isu yang baru. Banyak dakwaannya adalah amat peribadi serta tanpa sebab dan ianya lebih merujukan kepada perkara-perkara tertentu yang hanya berkaitan dengan manipulasi politik.

Tindakan DOJ Ini adalah pelanggaran yang serius terhadap peraturan DOJ sendiri oleh pendakwa raya tertentu dari California yang bertindak di luar objektif untuk merampas aset dalam ini tindakan penyitaan awam. Perbuatan DOJ ini seolah-olah telah direka-reka (dirancang) untuk melaksanakan kesan politik maksimum kepada politik dalaman Malaysia dengan niat yang memberikan kesan buruk kepada kerajaan.

Sama seperti dalam pengumuman akhbar pertama DOJ pada Julai tahun lepas, pengumuman kedua ini tidak akan memberi kesan juga. Dan sebelum pilihan raya umum akan datang mereka akan membuat pengumuman akhbar yang ketiga hanya untuk memastikan. Rakyat Malaysia tidak begitu bijak untuk bertanya sama ada jenayah telah dilakukan, dan, jika mereka benar-benar mempunyai bukti terhadap kesalahan jenayah, dan mengapa tidak mengambil tindakan jenayah kerana tindakan sivil adalah tindakan yang sangat lemah, dimana pelajar undang-undang tahun pertama pun boleh mencabarnya?

Memang, jawapannya adalah mudah. Ia adalah kerana tujuannya adalah bermotif politik serta juga satu percubaan untuk mempengaruhi pengundi. Kedua, ia adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada fakta bahawa Pakatan Harapan adalah dalam keadaan kucar-kacir dan sedang menghadapi bahaya akan berpecah. PKR tidak berpuas hati dengan PPBM kerana mendesak supaya Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala PPBM tidak berpuas hati dengan PKR kerana tidak mahu menerima Mahathir. Dan ramai dalam DAP tidak berpuas hati dengan Mahathir, yang dengan hanya mempunyai satu kerusi Parlimen, bertindak memberi arahan berbanding DAP yang mempunyai 38 kerusi dan dijangka akan memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengumuman akhbar DOJ yang kedua ini juga adalah satu permainan wayang kulit atau pertunjukan silap mata untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada isu terbaru ini daripada melihat ke arah Pakatan Harapan dan sedar bahawa pakatan pembangkang kini berada diambang kemusnahan, seperti apa yang telah berlaku kepada Pakatan Rakyat dua tahun lalu. Ini adalah apa yang dipanggil sebagai satu " STRATEGI UNTUK ALIH PANDANGAN BESAR- BESAR dan telah terbukti sangat berkesan apabila anda memerlukannya untuk mengalih pandangan orang kearah yang lain.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top