Nuffnang

KEPANASAN : Pro PAN Dalam PAS Selangor Akan "Direhatkan?"


Pas Selangor dijangka melakukan rombakan terhadap senarai jawatankuasa perhubungan negeri ini yang mungkin menyaksikan dua jawatan Timbalan Pesuruhjaya bakal disi beberapa muka baharu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, rombakan itu akan dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau sendiri di Pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor di Seksyen 13, di sini malam esok.

“Malam esok kita akan adakan mesyuarat dan bincangkan mengenai barisan jawatankuasa Pas Selangor yang baharu. Keputusannya mungkin kita akan ketahui selepas mesyuarat itu nanti,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Mesyuarat itu merupakan yang pertama akan dipengerusikan Sallehen sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor baharu selepas pelantikannya diumumkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan pada Sabtu.

Pelantikan Sallehen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad yang ketika ini diberikan tanggungjawab menyelia kawasan tengah dan selatan semenanjung meliputi Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketika ini, dua jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor disandang masing-masing oleh ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi, Mohd. Shafie Ngah.

-UM
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top