Nuffnang

"RAJA BOMOH" : Lakonan Semata-Mata Dan Diarahkan Pihak Tertentu!!!


Ibrahim Mat Zin yang lebih dikenali sebagai Raja Bomoh hari ini mengaku ritual yang dilakukannya sebelum ini lakonan semata-mata.

Beliau yang dipetik Utusan Online berkata, lakonan itu bertujuan menarik perhatian orang ramai atas arahan pihak tertentu yang tidak dapat didedahkannya.

“Saya memohon ampun dan maaf kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Kini saya tidak lagi mahu dikenali dengan panggilan Raja Bomoh dan menyesali segera perbuatan saya sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Pusat Islam yang dipetik Utusan Online hari ini.

Turut hadir menyaksikan pengakuan itu ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh.

Beliau turut mendakwa tindakannya sebelum ini hanya untuk memeriahkan suasana.

Ibrahim berjaya menarik perhatian media selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 biji kelapa dan “teropong buluh” untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Bukan itu sahaja, di tengah-tengah kehangatan isu pembunuhan Kim Jong Nam pada 13 Februari lalu, beliau pergi ke Institut Perubatan Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur dan melakukan ritual “memagar” negara daripada diserang Korea Utara.

Polis berjaya menahan Ibrahim di sebuah hotel di Segamat, Johor, Jumaat lalu sebelum menyerahkannya kepada Jawi keesokannya.

Aziz yang dipetik portal berita itu berkata, Ibrahim mengaku bersalah di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina agama Islam.

“Disebabkan faktor kesihatan dan umur, Ibrahim diperintah berkelakuan baik selama 6 bulan dan menjalani kelas akidah dan fardu ain. Diharapkan hukuman ini dapat memberi pengajaran kepadanya (dan) menyesali dan bertaubat atas semua perbuatannya,” katanya.

Pengakuan yang menimbulkan seribu persoalan. Siapakah yang mengarahkannya berbuat demikian?

Share this article

2 Komen:

  1. Tak lama lagi akan keluarlah kenyataan yg dia buat semuanya atas arahan pembangkang. Hishhh....ini semua politik.

    BalasPadam
  2. tp..pembangkang kat malaysia nih..mmg bangang pon..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top