Nuffnang

APA CITER? Pengguna Touch & Go "Diperbodohkan?"

Gambar Hiasan

Penulis telah menerima rungutan daripada seorang pengguna kad "Touch & Go" yang mendakwa beliau seolah-olah rasa tertipu dan diperdayakan. Tertipu dan terpedaya yang bagaimana? Tertarik juga untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut memandangkan penulis juga merupakan antara pengguna yang menggunakan kad tersebut.

Setelah mendengar dan meneliti rungutan beliau, penulis dapat simpulkan bahawa rungutannya itu ada asasnya.

Disini penulis ringkaskan permasalahan tersebut untuk dikongsi dan difikirkan bersama :

1. Kad "Touch & Go" Expired Secara Tiba-Tiba

Tanpa sebarang makluman atau notis, baik melalui sms, email mahupun telefon, kad "touch & go" anda tiba-tiba "expired". Bayangkan sekiranya anda baru memasuki tol yang penuh sesak dan kad anda tidak boleh digunakan!

2. Dibebani Dengan Pelbagai Permintaan Dan Kos Tambahan

Ketika berurusan untuk memperbaharui kad "touch & go" yang expired di kaunter (sebuah premis berdekatan plaza tol di lembah klang), pengadu memaklumkan bahawa kad touch & go tersebut tidak lagi boleh digunakan dan perlu diganti dengan kad yang baru.

Apa yang mengejutkan ialah pihak touch & go mengenakan caj (sekitar RM10 + RM16) bagi mendapatkan kad ganti yang baru. Bayangkan berapakah nilai kutipan yang touch & go dapat andai pengguna kad touch & go yang tamat tempoh memperbaharuinya?

Apa yang lebih mengecewakan pengadu ialah nilai baki (RM) yang ada pada kad lama tidak dapat dipindahkan ke akaun kad yang baru. (Eh... kenapa tidak boleh? Pelikkan?)

Sebaliknya nilai baki tersebut akan dipindahkan (transfer) ke akaun bank pengadu selepas mengisi satu borang yang diberikan. Bayangkan sekiranya pengadu tidak bersedia dengan maklumat dan no akaun bank beliau? Sudah tentu urusan untuk memindahkan baki tersebut akan tergendala dan mungkin pengadu terpaksa kembali semula untuk menguruskannya.

Nilai baki tersebut dimaklumkan akan di transfer ke bank dalam tempoh sebulan. Sebulan? 

Kenapa begitu lama dan menyukarkan pengguna. Di zaman yang semakin maju ini adakah pihak pengurusan touch & go masih "ketinggalan" atau cuba "memperbodohkan" pengguna?

Lihatlah sistem penukaran kad atm bank dan kad kredit yang lebih efisien dan "memudahkan" pengguna.

Pemiliknya akan diberi notis awal tentang tamat tempoh sah kad-kad tersebut dan diberi pilihan samada hendak memperbaharuinya di kaunter atau di atas talian.

Kepada Pihak Pengurusan Touch & Go Sdn Bhd, cubalah lebih proaktif dan prihatin dengan pengguna-pengguna anda.

Kepada pihak yang berkaitan seperti Persatuan Pengguna, Tribunal Pengguna dan KPDNKK, cubalah risik dan tengok sekiranya wujud "penindasan" atau "pelanggaran" kepada hak-hak penguna.

SUMBER : SUARA PENGGUNA
Share this article

4 Komen:

  1. saya juga pernah mengalami pengalaman seperti kad expired apabila menggunakan kad T&G tapi service yang diberikan pada saya amat berbeza dgn pengalaman pengguna tadi. Saya mendapat service penukaran kad baru di pejabat Plaza tol jalan duta. Kad expired saya ditukarkan dgn serta merta dan segala baki amount yg ada di pindahkan terus ke dlm kad baru tanpa bayaran charge tambahan.

    BalasPadam
  2. Setahu saya, pada kad touch & go ada tertulis tarikh luputnya. Saya ada 4 kad touch & go. Semua saya dapat free. Pandai-pandailah, bila kad nak luput tarikh. Pakai sampai tinggal sen jer. Bila dah luput. Buang jer, apply kad dikaun yang ada T&G.

    BalasPadam
  3. Saya lagi truk..Super market TESCO...peromosi..macam2..saya masuk dua ratus ringgit untuk kegunaan isteri belanja di tesco...amat malang sampai sekarang duit saya di tesco kad x bolih guna...tesco sendiri tolak...apa ke jadahnye.TESCO PUNYA STYLE TIPU ORANG

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top