Nuffnang

KEBANGGAAN : Faiz Subri Rangkul Anugerah Puskas FIFA (VIDEO)


Mohd Faiz Subri mengharumkan nama Malaysia apabila merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.

Kejayaan penyeran Pulau Pinan itu juga meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.
Mohd Faiz 29, menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Beliau juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

“Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akanmencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini,” katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.

Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Mohd Faiz, yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.



“Saya juga terhutang budi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), yang mencalonkan jaringan saya kepada FIFA untuk dinilai,” katanya.

Pemain dari Malaysia itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86 peratus undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus undi.

Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016.


Mohd Faiz merupakan ‘arkitek’ dan jaringannya disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lalu.

Share this article

1 Komen:

  1. alhamdulillah. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/faiz-subri-menang-anugerah-puskas-fifa.html

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top