Nuffnang

BIADAP : PTD Hina Dan Kutuk Allahyarham Tok Nan!!!


MUNGKIN akan ada yang perasan, jika ada sahaja berita kematian dari pemimpin Barisan Nasional (BN), menyusul beberapa jam selepas itu cerita mengenai penghinaan terhadap si mati atau kenyataan seolah-olah ‘mengambil hak Tuhan’.

Tak terlepas juga berlaku sedemikian ketika berita pemergian Pengerusi BN Sarawak merangkap Ketua Menteri, Pehin Sri Adenan Satem pada 11 Januari 2017.


Kali ini seorang pegawai kerajaan melalui skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pula dikesan memuatnaik komen yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan allahyarham sendiri.

Sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik pegawai yang baru sahaja bertugas di Manila itu cuba memberi kata-kata jelik dalam komen status ucapan takziah Perdana Menteri terhadap kematian Ketua Menteri Sarawak itu.

“Kesian. Hilang kwn, hilang deposit”


Walaupun mungkin diantara rakan media sosial Perdana Menteri ada dari kalangan penyokong pembangkang, namun sebagai seorang kakitangan kerajaan di negara kita, tindakan menghina Ketua Kerajaan Malaysia amatlah salah dan melanggar prinsip serta pegangan amalan dalam skim berkenaan.

Dipohon agar pihak kementerian bertanggungjawab segera mengambil tindakan disiplin keatas pegawainya itu atas kesalahan cuba mengundang kebencian terhadap Ketua Kerajaan dengan kata-kata jeliknya di laman media sosial milik Perdana Menteri. –Tv14
Share this article

3 Komen:

  1. Seorang lagi Rafizi digroom dalam PTD. Syabas! KSN.

    BalasPadam
  2. Busuk nya hati Melayu ni...ajar sikit Ali Hamsah

    BalasPadam
  3. Apa yg dia hina...dia cuma cakap hilang kawàn dan deposit. Adakah apa yg dia perkatakan itu menghina. Op

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top