Nuffnang

BONGKAR!!! CIA Dedah Skandal "terbesar" Mahathir?


Checkmate Buat Mahathir? Sekarang terjawablah mengapa Mahathir 'mengarahkan' Khairuddin dan Matthias mendahului isu dengan cubaan menggambarkan kononnya Amerika Syarikat menyebelahinya dalam usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak membabitkan isu 1MDB.

Rupa-rupanya ada kalut tertentu yang menyebabkan Mahathir perlu memenangi perlumbaan masa dan persepsi ini. Bukan kerana 1MDB, bukan juga kerana mahu Selamatkan Malaysia sebagaimana yang didakwa.

Sebaliknya seperti biasa, MAHU MENYELAMATKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK LELAKI dan kaum kroninya.


Skandal BMF tahun 1983 merupakan skandal kewangan terbesar melibatkan sebuah bank milik penuh kerajaan, Bank Bumiputera dan sebuah syarikat dari Hong Kong, Carrian Group. Skandal tersebut berakhir dengan penemuan mayat juruaudit Allahyarham Abdul Jalil Ibrahim dan berkuburnya Bank Bumiputera.

Skandal kewangan tersebut, tidak pernah selesai sehingga kini. Mahathir lepas tangan dan berkata, yang hilang adalah wang bank, bukan wang negara.

Portal Asian Correspondent mendedahkan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) telah menyahklasifikasikan 13 juta dokumen bagi membolehkan ditatap dan dibaca oleh orang awam di atas talian, termasuklah yang membabitkan SKANDAL BMF yang merupakan antara skandal kewangan terbesar di bawah pentadbiran Mahathir.

Skandal kewangan terbesar lain di bawah pentadbiran Mahathir termasuklah MAMINCO, PERWAJA dan FOREX.

Mahathir tidak pernah menjawab atau memberikan sebarang penjelasan berhubung skandal-skandal kewangan yang dilaporkan bernilai lebih RM100 bilion itu walaupun membuat penafian kosong.

Minggu lepas, CIA mendakwa, berdasarkan dokumen-dokumen yang mereka miliki, dalam tempoh terawal Mahathir berkuasa, Malaysia telah berhadapan dengan masalah rasuah dan salahguna kuasa yang sangat besar membabitkan bank yang dimiliki oleh kerajaan iaitu Bank Bumiputera. Reputasi bank tersebut tercemar dengan operasi yang diragui. 

Justeru tidak menghairankan bagaimana Mahathir menjadi sangat kalut dan membuat pelbagai tuduhan serta dakwaan dengan hanya bersandarkan kepada hujah HEARSAY. Semuanya dilakukan untuk melindungi pendedahan yang dibuat oleh CIA.

Dan tidak menghairankan juga apabila Mahathir mula meniupkan semangat patriotik, sama seperti yang dilakukannya ketika Barry Wain membuat pendedahan menerusi bukunya, "The Malaysian Maverick' tentang pelbagai skandal dan penyelewengan di bawah pentadbiran Mahathir.

- FB Zaini Manaf Ali (24 Jan 2017 - 20:49)


SEDAR ATAU TIDAK

Ramai penyokong Mahathir ingat, kes dan skandal BMF adalah kes terpencil dan tidak diperkatakan.

Kalau tidak kerana KETAKUTAN, Mahathir tidak mengenakan sekatan kepada keluaran HARAKAH, yang galak menyiarkan berita-berita tentang BMF dan skandal-skandal kewangan Mahathir pada tahun 80-an. 

Peningkatan jualan HARAKAH selain jualan video-video VHS dan kaset-kaset ceramah pemimpin PAS pun kena sekat disebabkan ketakutan itulah. 

Pengurusan Utusan Malaysia dan NST ketika itu pun dirombak besar-besaran kerana ketakutan menghantui Mahathir.
Share this article

3 Komen:

  1. Habis tu tangkap la Tun Dr. Mahathir untuk didakwa di mahkamah, la ni Tun Dr. Mahathir bukannya ada apa-apa jawatan pun dalam kerajaan, tak payah la pung pang pung pang di TV3 tuduh itu dan ini, sila ambik tindakan untuk membuktikan kerajaan tegas dalam isu ini.

    Lagi satu pasal siasatan DOJ berhubung duit 1MDB kena rembat dengan pemimpin tertinggi negara ini tak mau ditayangkan oleh TV3 ka, sila paparkan sidang media oleh Peguam Negara Amerika yang menyatakan bahawa pemimpin tertinggi negara menjadikan harta negara seperti akaun peribadi masing-masing.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Mohamad Faiz Hamzal Ismail
    Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
    Bahagian Jerlun
    Kedah Darul Aman

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantu gelap doj pun trump dah sepak. ini mesti arahan najib. kih kih kih.....

      Padam
  2. Jgn lupa mntk tv3 siarkan berita mahkamah agung US gugurkan kes 1mdb sbb tiada asas.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top